Terbiasa berkongsi kasih berempat, pemergian madu tua ke rahmatullah tahun lalu membuatkan tiga isteri seorang ahli perniagaan sanggup ...

HEBAT! 3 isteri rekemen calon isteri ke-4 untuk suami



Terbiasa berkongsi kasih berempat, pemergian madu tua ke rahmatullah tahun lalu membuatkan tiga isteri seorang ahli perniagaan sanggup membuka jalan kepada suami mereka untuk menerima seorang lagi wanita bagi melengkapkan kuota poligami.

Mendedahkan rahsia itu, ketiga-tiga madu terbabit memberitahu, mereka sudah meluahkan rasa hati kepada suami, Ariffin Mohamad, 66, dengan mencalonkan adik angkat mereka, Zunaidah Chua Abdullah, 37, yang kini tinggal bersama untuk mendalami agama, sebagai isteri keempat.


“Bagaimanapun, abang Ariff tidak menunjukkan minat, mungkin kerana dia masih terkenangkan arwah kakak (isteri pertama) tapi memberitahu, biar jodoh dan takdir menentukan cadangan kami.

“Dia beritahu, kalau sudah jodoh, dia akan berkahwin dengan siapa saja, asalkan kami semua dapat menerimanya. Namun, setakat ini abang Arif belum menunjukkan minat, mungkin kerana masih terkenangkan arwah kakak,” kata isteri ketiga, Sulizah Salleh, 54, sambil disokong isteri kedua, Roslina Soh Abdullah, 56, dan isteri keempat, Wan Akmal Wan Abdul Rahman, 54, ketika ditemui Metro Ahad di rumah mereka di Kampung Tebauk, di sini.


Sumber dari: Metro