KUALA LUMPUR: “Saya cuma ingat leher terasa meremang dan apabila sedar, saya sudah terbaring di atas katil tanpa seurat benang dengan s...

Gadis dipukau sebelum diperkosa terkejut lihat lelaki bogel terbaring di sebelah



KUALA LUMPUR: “Saya cuma ingat leher terasa meremang dan apabila sedar, saya sudah terbaring di atas katil tanpa seurat benang dengan seorang lelaki terlentang bersebelahan saya,” kata seorang remaja yang mendakwa menjadi mangsa pukau dan rogol.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Suzi, 17, mendakwa kejadian berlaku pada malam Aidiladha tahun lalu apabila dia yang tinggal bersama nenek dan datuknya tiba-tiba tidak sedarkan diri dipercayai akibat dipukau ketika berada di rumah mereka di Kelantan.
Menurutnya, ketika kejadian, dia sedang berbaring di bilik tidur manakala datuk dan neneknya yang masing-masing berusia 75 dan 67 tahun sedang menonton televisyen di ruang tamu.

Sumber dari: Metro