AMPANG: Seorang bapa muda terkedu dan hanya mampu menangis apabila Mahkamah Sesyen di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara 25 tahu...

Bapa muda menyamar polis rogol gadis dlm semak



AMPANG: Seorang bapa muda terkedu dan hanya mampu menangis apabila Mahkamah Sesyen di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara 25 tahun dan 18 sebatan terhadapnya selepas didapati bersalah merogol seorang pelajar perempuan di dalam semak, tahun lalu.

Hakim Roszianayati Ahmad menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Nazrin Mustafa, 21, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Lelaki yang menghadapi dua tuduhan merogol mangsa sama berusia 16 tahun (ketika kejadian) itu dijatuhkan hukuman penjara 25 tahun dan lapan sebatan bagi tuduhan pertama, manakala 25 tahun penjara dan 10 sebatan bagi tuduhan kedua.

Roszianayati bagaimanapun memerintahkan hukuman itu berjalan serentak berkuat kuasa semalam selepas menolak permohonan pihak pembelaan yang diwakili peguam Mohd Yusoff Ag Lah dan Mohd Firdaus Mohd Razi bagi penangguhan pelaksanaan hukuman itu.

Dalam penghakimannya, Roszianayati berkata, mahkamah mendapati keterangan ahli kima, Nor Aidora Saedon adalah kukuh kerana tiada kecacatan ketika pengambilan sampel calitan pada kemaluan mangsa yang mana air mani yang ditemui berpadanan dengan DNA tertuduh.


Sumber dari: Metro