Post ini khas aku buat ketika aku di Paris. So aku arrange update post nie dari bawah ke atas kalau korang nak baca dan akan aku updatekan setiap masa jika perlu sepanjang aku berada di bumi Perancis. Dan mungkin untuk aku update blog zon2u ni amat terhad kerana waktu kesibukkan aku.
30 Sept 2012
Tiba di Paris
Aku tiba di sebuah airport antarabangsa CDG. Airport ini terlampau besar bagi aku sehingga mempunya banyak terminal. so berpandukan kajian yg aku dah buat di google untuk ke destinasi aku terpaksa mengambil keretapi dari Airport ke daerah Fontainebleu
Perkara yang aku tak berapa minat di Paris nie tentang makanan dan duit. Aku amat cerewet bab makan sebab aku hendak darah daging aku dari suber makanan yang halal. Pasal bab duit lak sini dah tentulah mahal nak mampus. Duit 1euro = RM 4.2 ..so 4 kali ganda..perghh kopak la aku.. :(
Tiba di destinasi
Setibanya di daerah destinasi Fontainebleu aku terpaksa menapak jauhnya 2km untuk ke hotel yang dituju. Hampeh betul hari Ahad adalah hari cuti hujung minggu dan mungkin pengusaha teksi pun sedang bercuti.
Kedudukan aku di GPS sekarang
29 Sept 2012
Perjalanan ke Paris
Aku memulakan perjalanan ke KLIA untuk menaikki pesawat Qatar Airways ke DOHA dan kemudian dari sana aku terpaksa menaiki pesawat Qatar Airways lagi untuk ke PARIS. Aku terpaksa ke sana seperti yang di arahkan majikan kerana ada satu perjumpaan di sana. So pergi jer lah daripada tak pegi kan....