KUALA LUMPUR: Bagi mengaburi pihak hotel, seorang wanita sanggup membawa anaknya berusia dua tahun sebagai teman ke sebuah hotel bajet,...

Wanita 24 tahun yg ditinggalkan suami,beromen bawa anak ke hotel.letih membecak.



KUALA LUMPUR: Bagi mengaburi pihak hotel, seorang wanita sanggup membawa anaknya berusia dua tahun sebagai teman ke sebuah hotel bajet, di Bukit Bintang, di sini bagi berjumpa kekasihnya, awal pagi semalam.

Bagaimanapun, perancangannya itu tidak menjadi apabila pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Kuala Lumpur mengadakan operasi banteras jenayah syariah di hotel berkenaan dan mencekup pasangan berkenaan.

Difahamkan, wanita berusia 24 tahun yang ditinggalkan suaminya itu dipercayai masuk ke hotel berkenaan bersama anak lelakinya berusia dua tahun jam 8 malam secara bersendirian manakala kekasihnya, seorang lelaki bujang berusia 24 tahun ke hotel itu dengan alasan berjumpa kawan.

Malangnya, ketika Jawi menyerbu bilik hotel yang terletak di tingkat enam premis berkenaan, pasangan itu sedang tidur bersama dan dicekup atas kesalahan berkhalwat.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Jawi, Wan Jaafar Wan Ahmad berkata, operasi berkenaan dijalankan pihaknya sempena sambutan ambang merdeka.

“Hasil pemeriksaan di lebih lapan hotel bajet di sekitar Bandar Seri Permaisuri, Cheras dan Bukit Bintang, 10 pasangan berusia antara 19 hingga 26 tahun dicekup dalam ops cegah jenayah syariah yang bermula jam 12 malam hingga 5 pagi.

“Daripada 10 pasangan ini, sepasang penjawat awam yang bekerja di Jalan Padang Tembak,” katanya kepada pemberita, semalam.

Menurutnya, ada juga seorang wanita yang membawa anaknya berusia dua tahun ke hotel bajet semata-mata untuk mengaburi pihak berkuasa ketika berasmara dengan kekasihnya.

Beliau berkata, semua pasangan itu akan diberikan kaunseling sebelum didakwa mengikut Seksyen 27 Akta 559 Kanun Keseksaan Jenayah Syariah atas kesalahan berkhalwat.

Katanya, operasi berkenaan membabitkan 50 anggota dan pegawai Jawi serta menerima bantuan lapan pegawai Jabatan Imigresen Kuala Lumpur.

Sumber dari: Metro