TERKANDAS...anggota bomba dan penyelamat serta penduduk sekitar membantu mengeluarkan kanak-kanak sekolah yang terperangkap. KUALA LU...

Video dan Gambar Banjir kilat di Serdang, 350 rumah tenggelam


 TERKANDAS...anggota bomba dan penyelamat serta penduduk sekitar membantu mengeluarkan kanak-kanak sekolah yang terperangkap.

KUALA LUMPUR: Lebih 350 buah rumah dan 100 kenderaan ditenggelami air sedalam satu meter dalam kejadian banjir kilat di Taman Sri Serdang dekat sini, malam tadi.







Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abdul Razak Elias berkata hujan lebat selama dua jam bermula 4.30 petang itu menyebabkan air dari longkang besar di kawasan berkenaan melimpah dan menenggelamkan rumah serta kenderaan penduduk sekitar.

TERPERANGKAP...kenderaan yang terperangkap dalam kesesakan.

“Turut terperangkap kira-kira 300 pelajar dan 23 guru dari dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Sri Serdang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Indah, namun berjaya diselamatkan pasukan bomba dan penyelamat kira-kira jam 9.30 malam tadi,” katanya ketika meninjau keadaan banjir di sini semalam.

Abdul Razak berkata pihaknya menyediakan pusat pemindahan di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) namun tiada penduduk yang dipindahkan.

Sumber dari: Metro