GEORGETOWN: Tertarik dengan kecantikan dan keayuan rakan sekerjanya, seorang pembantu jururawat bertindak nekad mencabul dengan memeluk...

Tak tahan dengan kecantikan rakan sekerja,mangsa diramas dr belakang



GEORGETOWN: Tertarik dengan kecantikan dan keayuan rakan sekerjanya, seorang pembantu jururawat bertindak nekad mencabul dengan memeluk dan meramas payu dara rakannya yang sedang bertugas di sebuah hospital swasta di Pulau Tikus, dekat sini, sebelum membuat laporan polis Rabu lalu.

Jurucakap polis berkata, dalam kejadian 5 September lalu kira-kira jam 6.30 petang, mangsa, 28, dipercayai sedang bertugas di sebuah wad sebelum didatangi rakan sekerja lingkungan 30-an yang menaruh perasaan terhadapnya.

Menurutnya, suspek secara tiba-tiba bertindak memeluk mangsa dari belakang sambil meramas payudaranya dan cuba mencium mangsa, namun perbuatannya berjaya ditepis mangsa yang terkejut dengan kejadian itu.

Katanya, berang dengan perbuatan suspek, mangsa kemudian menolak dan menampar muka lelaki itu sebelum melarikan diri.

“Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Pulau Tikus Rabu lalu dan polis masih mengesan suspek melarikan diri selepas kejadian, namun identitinya sudah dikenal pasti,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Idris mengesahkan kejadian itu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu melakukan serangan dan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan yang boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun.


Sumber dari: Metro