Banjir di Lebuhraya PLUS sektor UPM - Kajang telah mengakibatkan kesesakan lalulintas sehingga 10km. Pengguna dinasihatkan menggunakan ...

PLUS Sesak 10km Akibat Banjir Di UPM


 Banjir di Lebuhraya PLUS sektor UPM - Kajang telah mengakibatkan kesesakan lalulintas sehingga 10km. Pengguna dinasihatkan menggunakan jalan alternatif dan menggunakan Google Maps di lapisan Traffic di telefon pintar masing-masing untuk laluan alternatif.

KUALA LUMPUR 4 Sept. - Laluan kedua-dua hala Lebuhraya Utara Selatan antara Kajang dan Serdang ditutup kepada semua lalu lintas ekoran banjir kilat yang Kilometer 303 lebuh raya berkenaan malam ini.



PLUS dalam kenyataan menerusi laman twitternya berkata, hujan lebat yang melanda Lembah Klang sejak petang tadi menyebabkan laluan berkenaan ditenggelami air.

Ekoran tersebut, lalu lintas ke kedua-dua hala sesak teruk dan semua pengguna diminta menggunakan laluan alternatif menerusi Plaza Tol Kajang dan UPM.