KOTA BHARU-Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini secara sukarelanya melelong tongkat yang digunakan sejak sekian lama...

Nik Aziz tak cukup duit nak lelong tongkat?



KOTA BHARU-Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini secara sukarelanya melelong tongkat yang digunakan sejak sekian lama untuk dana Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.


Pengumuman berkenaan dibuat kira-kira pagi tadi selepas beliau menyampaikan kuliah mingguan di Dataran Ilmu di sini.

Sejurus itu Nik Aziz menyerahkan tongkat kesayangan tersebut kepada seorang wakil untuk menyempurnakan hasrat murninya itu.

Nik Aziz berkata, sebelum ini wakil Pas Pusat memaklumkan kepadanya mahu mengumpul dana bagi tabung menjelang PRU13 dan meminta beliau melelong barangan tertentu.

“Bagi tujuan itu hari ini saya mengisytiharkan akan melelong tongkat saya ini untuk membantu mengumpulkan dana bagi pilihan raya umum nanti,” katanya hari ini.

Ribuan orang mengikuti kuliah tersebut berdiri sebagai sokongan terhadap tindakan Nik Aziz yang juga merupakan Menteri Besar Kelantan.

Sumber dari: Sinar