Seorang gadis berusia 19 tahun, yang merupakan salah seorang daripada 11 orang individu yang dikehendaki berhubung kelakuan mereka sema...

Kes pijak gambar PM: Gadis serah diri



Seorang gadis berusia 19 tahun, yang merupakan salah seorang daripada 11 orang individu yang dikehendaki berhubung kelakuan mereka semasa sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka pada Khamis malam lalu hari ini menyerah diri kepada polis.



Gadis tersebut hadir ke satu balai polis di Johor Bahru hari ini dengan ditemai pemimpin DAP termasuk MP Bakri Er Teck Hwa dan timbalan pengerusi DAP negeri Norman Fernandez.

Beliau seterusnya ditahan dan digari oleh polis dan akan dibawa ke balai polis Dang Wangi di Kuala Lumpur yang menyiasat kes tersebut.

Menurut Norman, beliau ditahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Beliau didakwa memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam perhimpunan Janji Demokrasi pada malam itu.

Sumber dari: Malaysiakini