MELAKA: Seorang pelajar perempuan yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), penghujung tahun ini, berdepan saat...

Hasil Projek Seks dgn BF dlm Stor & Tandas sekolah,gadis 15 tahun kini hamil 7 bulan.



MELAKA: Seorang pelajar perempuan yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), penghujung tahun ini, berdepan saat mendebarkan selepas disahkan mengandung tujuh bulan akibat hubungan seks dengan teman lelaki sebayanya dalam kejadian di stor dan tandas sebuah sekolah di bandar ini.

Difahamkan, sebelum ini, ahli keluarga tidak mengetahui gadis itu sudah berbadan dua berikutan susuk tubuhnya yang agak kecil.

Kejadian itu terbongkar Rabu lalu selepas mangsa yang mengadu sakit perut dibawa menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum gadis itu disahkan mengandung tujuh bulan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri (Operasi dan Risikan), Superintendan R Gunarajan, berkata berkata mangsa dan teman lelakinya saling mengenali kerana bersekolah di tingkatan yang sama.

“Mangsa mengadu kepada ibunya yang berusia awal 40-an mendakwa suspek suka mendesak dan sering memaksa dia melakukan hubungan seks tanpa kerelaannya.

“Dakwa mangsa, dia mula mengenali suspek yang kaki perempuan sejak penghujung tahun lalu sebelum dipaksa melakukan hubungan berkenaan dalam tandas.

“Difahamkan, suspek berulang kali melakukan perbuatan keji itu di sebuah bilik stor yang berada dalam kawasan tandas terletak di tingkat bawah bangunan sekolah mereka,” katanya ketika ditemui.

Katanya, keluarga mangsa yang terkejut selepas mendengar pengakuan daripada anak tunggalnya membuat laporan polis berhubung kejadian selepas dimaklumkan membuat laporan pada hari sama.

“Susulan laporan polis dari keluarga mangsa, polis menahan suspek awal pagi Khamis lalu di sekitar bandar ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.

Sumber dari: Metro