KUANTAN: Tiga sahabat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol secara bergilir-gilir seorang gadis bawah umu...

Gadis 13 tahun dirogol bergilir2 oleh 3 rakan baik



KUANTAN: Tiga sahabat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol secara bergilir-gilir seorang gadis bawah umur pada Rabu minggu lalu.

Bagaimanapun, ketiga-tiga tertuduh berkenaan, Mohamad Redzuan Noorazlan, 19, dan dua lain yang masing-masing berusia 18 tahun tidak mengaku bersalah sebaik saja pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noradidah Ahmad.

Ketika prosiding mahkamah berlangsung, ahli keluarga tertuduh kelihatan memenuhi hampir sebahagian kamar mahkamah bagi turut sama mendengar pertuduhan.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohamad Redzuan dari Sungai Puteri, Rompin didakwa merogol seorang gadis berusia 13 tahun pada 17 September lalu jam 11.30 malam sebelum remaja 18 tahun turut merogol mangsa yang sama kira-kira 10 minit kemudian iaitu pada 11.40 malam.

Seorang lain kemudiannya melakukan jenayah yang sama juga kepada mangsa yang sama kira-kira jam 12 tengah malam pada 18 September lalu.

Mereka melakukan kesalahan itu di sebuah rumah tidak bernombor di kawasan projek pertanian komoditi Kampung Janglau, Rompin dan didakwa di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Hidayatul Syuhada Shamsuddin manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam Mohd Fadzli Mohd Ramly.

Pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM6,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin.
Sumber dari: Metro