PETALING JAYA- Disebabkan terdesak hendak menggunakan wang untuk menyambut hari raya, seorang wanita yang bekerja di sebuah syarikat ke...

Wanita sorok wang curi dalam seluar dalam demi utk beraya.



PETALING JAYA- Disebabkan terdesak hendak menggunakan wang untuk menyambut hari raya, seorang wanita yang bekerja di sebuah syarikat keselamatan cuba melarikan wang sebanyak RM1,800 dengan menyembunyikannya di dalam seluar dalamnya.


Menurut sumber, suspek berusia 27 tahun berasal dari Kelantan itu turut dikesan meletak sebahagian wang tersebut di dalam tong sampah bagi memudahkannya menyeludup keluar wang tersebut dari bilik kiraan wang.

“Perbuatan jahat suspek terbongkar apabila sekeping not RM50 terjatuh dari pakaiannya ketika pemeriksaan badan dilakukan ke atasnya selepas tamat waktu bekerja,” katanya.

Menurut sumber itu lagi, suspek pada mulanya tidak mengaku bertanggungjawab ke atas kehilangan wang berkenaan namun setelah didesak, dia mengaku menyembunyikannya di dalam seluar dalam manakala separuh lagi wang di dalam tong sampah.

Suspek kemudiannya memberi alasan sengaja berbuat demikian kerana suka-suka namun bertindak menukar pengakuannya dan mengatakan terdesak mahu menggunakan wang untuk membeli barangan persiapan hari raya.

Pihak pengurusan tertinggi syarikat keselamatan itu mengambil keputusan menyerahkan kakitangannya terbabit kepada polis untuk tindakan selanjutnya manakala satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes berkenaan dan wanita itu kini ditahan untuk siasatan lanjut

Sumber dari: Sinar