KOTA BHARU - Seorang suspek kes meletupkan Bank Rakyat Cawangan Masjid Tanah, Melaka berjaya ditahan Polis Kelantan di Pasir Puteh hari ...

Suspek kes letup Bank Rakyat ditahan di Kelantan


KOTA BHARU - Seorang suspek kes meletupkan Bank Rakyat Cawangan Masjid Tanah, Melaka berjaya ditahan Polis Kelantan di Pasir Puteh hari ini.



Lelaki berusia 25 tahun, yang dipercayai bertugas sebagai penjawat awam berjaya diberkas kira-kira jam 2.45 pagi semasa berada di rumahnya di Kampung Merkang di sini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, suspek akan diserahkan kepada Polis Melaka untuk tindakan selanjutnya.

"Dipercayai lelaki terbabit yang berasal dari Kelantan, bekerja berhampiran kawasan bank itu," katanya.