Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menyampaikan sumbangan penghargaan daripada kerajaan iaitu Amanah Saham Wawasan sebanya...

RM200,000 dari Najib untuk Pandelela

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menyampaikan sumbangan penghargaan daripada kerajaan iaitu Amanah Saham Wawasan sebanyak RM200,000 selain Skim Hadiah Kemenangan Sukan Majlis Sukan Negara (MSN) RM100,000 kepada Ratu Terjun Negara,
Pandelela Rinong Pamg yang meraih pingat gangsa pada Sukan Olimpik 2012 dalam acara terjun 10 meter platform, di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, Jumaat. Turut sama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (dua kanan) dan ibu bapa Pandelela, Hartini Lamim dan Pamg ak Joheng. Perdana Menteri juga menyerahkan surat tawaran biasiswa penuh kerajaan daripada Yayasan Tun Abdul Razak untuk membolehkan atlet negara itu melanjutkan pelajaran di mana-mana universiti di negara ini dalam jurusan pilihannya.