JOHOR BAHARU, 21 Ogos (Bernama) -- Tanah perkuburan Islam akan turut dipindahkan ke suatu lokasi baharu bagi memberi laluan kepada pemb...

Projek Rapid:Tanah Wakaf diambil kubur dipindahkan



JOHOR BAHARU, 21 Ogos (Bernama) -- Tanah perkuburan Islam akan turut dipindahkan ke suatu lokasi baharu bagi memberi laluan kepada pembinaan projek Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak Dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang yang bernilai RM60 bilion.



Pejabat Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman di dalam kenyataan hari ini berkata lokasi tanah perkuburan Islam yang baharu di Pengerang itu telah pun dikenal pasti.

"Walaupun lokasi (tanah perkuburan Islam) telah dikenal pasti, tetapi usaha memindahkannya masih belum dilaksanakan dan kita masih berbincang dengan masyarakat Islam tempatan," menurut kenyataan pejabat Menteri Besar Johor itu.

Projek Rapid oleh syarikat minyak dan gas negara, Petronas itu merupakan salah satu daripada Program Transformasi Ekonomi (ETP) kerajaan yang akan melonjakkan lagi sektor minyak dan gas negara.

Ia juga dijangka menarik pelaburan susulan bernilai RM100 bilion dalam industri minyak dan gas negara.

Kenyataan yang dikeluarkan hari ini bagi menjelaskan kenyataan menteri besar semalam.

Sumber dari: Mstar