KUALA LUMPUR: Bagi mengelak menjadi mangsa keganasan isteri, seorang pengurus projek hanya tidur pada watu pagi ketika isterinya keluar...

Pelajar wanita curang sangap belaian pensyarah,minta diceraikan suami,gadoh bertikam.



KUALA LUMPUR: Bagi mengelak menjadi mangsa keganasan isteri, seorang pengurus projek hanya tidur pada watu pagi ketika isterinya keluar menghadiri kuliah, malah tidak berani mendekati isterinya serta menjalani kehidupan seperti pasangan lain sejak enam bulan lalu.


Kejadian itu berlaku selepas mangsa enggan menurut kehendak isterinya yang menuntut cerai meskipun tahu wanita berkenaan menjalin hubungan sulit dengan seorang pensyarah.

Sumber polis berkata, lelaki berusia 42 tahun itu bukan sahaja pernah dicakar dibahu dan leher, malah turut dibelasah di bahagian alat sulitnya keran enggan menceraikan isterinya yang mahu berkahwin dengan kekasih gelapnya itu.

Menurutnya, penderitaan mangsa bermula pertengahan Mac lalu apabila wanita berkenaan membelasah mangsa hingga bengkak di muka sebelum membuat laporan polis palsu selepas suaminya meminta pengakuan terbuka mengenai hubungan sulit isterinya dengan kekasihnya.

"Menyedari tembelangnya pecah, wanita itu meminta diceraikan melalui kiriman e-mel. Bagamiamapun, mangsa mengajak mereka berdua bersemuka dengan kekasih gelap isterinya itu untuk mencari jalan penyelesaian kerana terlalu sayang rumah tangga mereka.

"Malangya, wanita itu bertindak ganas memebelasah dan mencekik mangsa menggunakan kukunya yang panjang hingga berdarah dan hanya melepaskan sebaik mangsa mengugut untuk membuat laporan polis," katanya kepada wartawan, semalam.

Katanya, bimbang dengan ugutan suaminya itu, wanita berkenaan berpura-pura baik dan menyapu ubat pada luka mangsa termasuk memberi layanan istimewa.

"Sebulan selepas itu, mangsa sekali lagi didera selepas enggan menurut kehendak isterinya yang mengajak mangsa ke mahkamah syariah untuk memfailkan cerai," katanya.

Menyedari taktik ganasnya tidak menjadi, wanita itu mengupah sahabat karib suaminya untuk memujuk agar menceraikan isterinya.

Bagaimanapun, usahanya gagal menyebabkan dia mengamuk dan menendang kemaluan selain cuba menikam kemaluan suaminya dengan pemutar skru.

"Bimbang dengan ugutan bunuh isterinya, mangsa takut untuk pulang ke rumah dan tinggal bersama rakan-rakannya lebih sebulan," katanya.

Menurut sumber, mangsa akhirnya kembali ke rumah, tetapi hanya tidur ketika isterinya keluar menghadiri kuliah atau tiada di rumah.

"Mangsa menghabiskan masanya dengan membuat pelbagai pekerjaan dan hanya pulang ke rumah kira-kira jam 5 pagi semata-mata untuk bersarapan dengan anak-anaknya," katanya.

Katanya, akibat tidak tahan dengan keganasan yang dilakukan isteri dan takut dengan keselamatan dirinya, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Sentul kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Sumber dari: Metro