Pendengaran kes saman fitnah yang difailkan oleh bekas menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil diteruskan, dengan Mahkamah Tinggi Kua...

Mahkamah tonton klip video 'fitnah'



Pendengaran kes saman fitnah yang difailkan oleh bekas menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil diteruskan, dengan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menonton klip video yang didakwa mengandungi kenyataan fitnah yang didakwa dibuat dalam sidang media di lobi Parlimen pada 30 November 2011.



Empat klip yang didakwa kenyataan fitnah yang diucapkan oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, ditayangkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera.

Bagaimanapun, klip video dan transkripnya tidak ditandakan sebagai ekshibit mahkamah kerana pembuat rakaman video itu belum lagi dipanggil memberi keterangan.

Rafizi dan Zuraida berdepan dengan saman fitnah RM100 juta yang difailkan oleh Shahrizat, yang merupakan ketua Wanita Umno.

Kedua-dua mereka telah memfailkan tuntutan balas.

Shahrizat selepas ini akan disoalbalas oleh peguam Rafizi dan Zuraida di mahkamah yang padat dengan penyokong Wanita Umno dan PKR.

Sumber dari: Malaysiakini