KAJANG: Padah keluar ke kedai jauh malam, seorang wanita berusia 25 tahun bukan saja disamun malah turut dirogol lelaki tidak dikenali ...

Keluar malam, wanita 25 tahun disamun RM16 malah dirogol lelaki ketika dia pulang



KAJANG: Padah keluar ke kedai jauh malam, seorang wanita berusia 25 tahun bukan saja disamun malah turut dirogol lelaki tidak dikenali ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di sini.

Dalam kejadian jam 12.20 pagi, Jumaat lalu, mangsa dikatakan keluar ke kedai berhampiran rumahnya untuk membeli barang serta rokok suaminya.



Ketika dalam perjalanan pulang, seorang lelaki bermotosikal menghampirinya dan meminta mangsa yang menunggang basikal, berhenti di tepi jalan.

Mangsa yang ketakutan enggan berhenti menyebabkan lelaki berkenaan menggunakan kekerasan mengacukan pisau dan mengugut untuk mencederakannya.

Menurut sumber, menyedari dia dalam bahaya, mangsa menurut arahan lelaki itu dengan memberhentikan basikalnya di tepi jalan dan dia dipaksa menaiki motosikal suspek, dibawa ke satu lokasi tidak diketahuinya.

“Sebaik tiba di lokasi berkenaan yang gelap dan sunyi itu, lelaki itu mengarahkan mangsa menanggalkan pakaiannya sebelum merogolnya,” katanya.

Mangsa tidak melawan kerana bimbang dicederakan suspek yang masih memegang pisau.

Lelaki itu juga mengambil barang yang dibeli mangsa serta baki wang RM16 sebelum menghantar mangsa ke tempat basikalnya dan melarikan diri.

Suspek mengingatkan mangsa supaya tidak membuat laporan polis selain mengugut mencederakan mangsa sekiranya kejadian itu didedahkan kepada orang lain.

Bagaimanapun, sebaik pulang ke rumah, mangsa menceritakan kejadian itu kepada suaminya sebelum membuat laporan di Balai Polis Bandar Damai Perdana.

Sumber dari: Metro