(Laporan Sinar Harian masalah air di Jengka 7, negeri PM sendiri) TEMERLOH: Ketika media Umno saban hari menyerang kononnya kerajaan...

Isu Air: Serang Pakatan tetapi negeri BN yang kering



(Laporan Sinar Harian masalah air di Jengka 7, negeri PM sendiri)

TEMERLOH: Ketika media Umno saban hari menyerang kononnya
kerajaan negeri Selangor, Kedah dan Kelantan tidak pandai
menguruskan bekalan air, media yang agak bebas melaporkan
masalah bekalan air sedang melanda negeri BN.



Hampir setiap tahun, penduduk negeri Perdana Menteri iaitu
Pahang menghadapi masalah air.

Nak dikatakan air tidak cukup, Kerajaan BN lah saban hari
berkempen agar projek Langat 2 dilaksanakan kerajaan negeri
Selangor untuk hadapi krisis air.

Langat 2 adalah projek untuk menyalurkan bekalan air dari Sungai
Pahang melalui sungai dan terowong buatan manusia ke Lembah
Klang.

Namun rupa-rupanya, penduduk Pahanglah saban hari menghadapi
masalah air.

Menurut laporan Sinar Harian, penduduk Jengka 7 menghadapi
masalah bekalan air hampir setiap tahun khasnya di hari raya
Aidil Fitri.

Pada hari itulah mereka terpaksa berbaris panjang untuk
mendapatkan bekalan air untuk minuman, membersihkan pakaian
bahkan membersihkan pinggang mangkuk yang bertimbun-timbun di
hari raya.

"Jika begitu, yang tidak pandai mengurus air sebenarnya kerajaan
BN. Air banyak tetapi tidak sampai kepada pengguna...inilah
kelemahan mengurus yang nyata," kata salah seorang mangsa
ketiadaan air ini.

(Muhyidin wajar membantu Najib menyelesaikan masalah air di
Pahang dahulu sebelum membuat kenyataan sebegini supaya orang
tidak ketawa.)

Media Umno selalu sahaja memaparkan kerajaan negeri Selangor,
Kelantan dan Kedah tidak pandai menguruskan air di negeri masing-masing.

Padahal apa yang dibangkitkan tidak ada pun bahkan sekadar reka-rekaan
semata-mata dan bukan isu.

Di Selangor misalnya, kerajaan negeri mendakwa amaran Syabas
untuk mencatu air di negeri itu hanya retorik politik untuk
menekan kerajaan negeri dan menggusarkan rakyat Selangor.

Padahal air di empangan penuh bahkan melimpah apabila hujan
turun. Semuanya bertujuan mahu menekan kerajaan negeri agar
meluluskan projek Langat 2.

Bagi kerajaan negeri Selangor, mereka keberatan untuk meluluskan
projek ini kerana kosnya terlalu tinggi dan tidak wajar.
Ia hanya bertujuan untuk mengisi tokoh-tokoh korporat kroni BN sahaja.

"Ia akan menyebabkan tarif air terpaksa dinaikkan nanti. Ini
akan menyusahkan rakyat," kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Bagi penulis blog Cucu Mat Kilau (CMK), cerita ketiadaan air ini
memalukan. "Inikah yg dikatakan masyarakat 'Janji ditepati'?"
soal beliau dalam blognya.

"Hari ni eksklusif keluar di Sinar Harian Pahang. Mana PM?...
Kelantan dan Selangor dikatakan tidak pandai mengurus air.. Tapi di Pahang lebih teruk rupanya.. Hampir 40 tahun masa
lah berlaku... kasihan mereka yg teraniaya," tulis beliau merujuk kepada laporan Sinar Harian itu.

Lebih memalukan JBA Pahang baru dikorporatkan awal tahun ini.. sekarang dah jadi Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), tapi servis makin HANCUR dan cukup mengecewakan, tulisnya lagi.

Sumber dari: Harakah