Putera Harry LONDON - The Sun, akhbar pertama Britain menyiarkan foto Putera Harry dalam keadaan bogel, gambar yang dirakamkan di Las ...

Gambar-gambar bogel Putera Harry, Akhbar Sun UK langgar arahan

 Putera Harry

LONDON - The Sun, akhbar pertama Britain menyiarkan foto Putera Harry dalam keadaan bogel, gambar yang dirakamkan di Las Vegas seminggu lalu - sekali gus melanggar amaran pihak istana.


Pemilik News International berkata, pihaknya mengambil langkah itu meskipun diberi amaran oleh peguam-peguam kerabat diraja bahawa keputusan sedemikian satu tindakan menceroboh privasi Putera Harry.

The Sun menegaskan bahawa foto-foto berkenaan tersebar luas menerusi Internet di seluruh dunia dan pembacanya ada kebebasan untuk melihat menerusi media cetak mereka.

Katanya, perkembangan terbaru ini menunjukkan kebebasan akhbar di United Kingdom sedang diuji.

Ia dilihat merujuk kepada peraturan baru berkenaan isu privasi yang diperkenalkan baru-baru ini.

Dalam edisi hari ini, The Sun membawa tajuk utama "Heir it is".

Tajuk utama itu disusuli dengan tulisan "Pic of naked Harry you've already seen on the internet".

Pengarah Urusan The Sun, David Dinsmore menjelaskan pihaknya telah berfikir dengan mendalam berkenaan dengan penerbitan foto membabitkan Harry.

"Bagi kami ia berkenaan dengan kebebasan akhbar," kata beliau lagi.

"Ini berkenaan dengan satu situasi tidak munasabah di mana gambar-gambar ini boleh dilihat jutaan orang di seluruh dunia menerusi Internet tetapi tidak boleh dibaca oleh lapan juta pembaca (kami) setiap hari," katanya dipetik BBC.