IPOH - Tanpa menghormati kesucian Ramadan, sebuah premis menjual cakera padat digital (DVD) yang telah beberapa kali diserbu Bahagian K...

DVD Lucah Tidak hirau Ramadan



IPOH - Tanpa menghormati kesucian Ramadan, sebuah premis menjual cakera padat digital (DVD) yang telah beberapa kali diserbu Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan (BKF) Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus menawarkan DVD lucah pelbagai genre kepada pelanggannya.


Sepasukan anggota penguat kuasa BKF KDN, menyerbu premis yang beroperasi di Mambang Diawan, Kampar dekat sini, Khamis lalu.

Ketua Cawangan BKF KDN, Zaki Mohamed berkata, premis itu adalah satu-satunya kedai menjual DVD di kawasan terbabit.

"Hasil risikan yang kita lakukan, dipercayai sindiket ini menyediakan pelbagai gred DVD lucah dan harganya menjangkau RM15 sekeping mengikut kualiti filem. Serbuan pada jam 4.15 petang itu dibuat secara mengejut.

"Hasil serbuan, kita berjaya merampas 1,910 DVD tanpa Sijil Penapisan Filem (Perakuan B) dan 438 DVD yang disyaki filem lucah dengan anggaran nilai RM23,760," katanya.

Katanya, serbuan turut berhasil menahan seorang lelaki berusia 32 tahun, dipercayai terbabit dalam aktiviti penjualan DVD berkenaan.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 5 dan 18 Akta Penapisan Filem 2002 kerana memiliki DVD lucah serta tiada Sijil Perakuan B, yang mana sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

“Manakala memiliki filem tiada Sijil Perakuan B, pemilik premis boleh didenda sehingga RM30,000 atau penjara maksimum tiga tahun. Ini merupakan rampasan terbesar membabitkan DVD lucah di Perak, sepanjang tahun ini,” katanya.

Sumber dari: Sinar