KUALA LUMPUR, 24 Ogos -- Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz mengekalkan kedudukannya di kalangan ketua-ketua bank...

Dr Zeti Masih Ditempatkan Di Kalangan Ahli Perbankan Pusat Terbaik Di Dunia



KUALA LUMPUR, 24 Ogos -- Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz mengekalkan kedudukannya di kalangan ketua-ketua bank pusat yang dinamakan oleh majalah Global Finance sebagai Ahli Perbankan Pusat Terbaik di Dunia sejak beberapa tahun lepas.

Dr Zeti adalah salah seorang daripada enam ketua bank pusat yang mencapai mata "A" di dalam Kad Laporan Ahli Perbankan Pusat yang diterbitkan oleh Global Finance.

Beliau juga mencapai mata "A" pada tahun lepas dan 2010.

Ketua bank pusat yang lain yang mengekalkan mata "A" termasuk Amando Tetangco Jr dari Filipina, Fai-Nan Perng dari Taiwan, Gabenor Reserve Bank of Australia Glenn Stevens, dan Gabenor Bank of Israel Stanley Fischer.

Nama baharu yang menyertai senarai itu ialah Mark Carney dari Kanada, yang pada tahun lepas mendapat mata "B+".

Sementara itu, Pengerusi Rezab Persekutuan AS Ben Bernanke menambah pencapaiannya kepada "B" daripada "C" pada tahun lepas.

Sumber dari: Sinar