KUALA LUMPUR: Seorang janda beranak empat terpaksa menanggung malu selepas gambar bogel miliknya tersebar di kalangan orang yang diken...

15 gambar janda bogel disebarkan oleh ex-Bf.




KUALA LUMPUR: Seorang janda beranak empat terpaksa menanggung malu selepas gambar bogel miliknya tersebar di kalangan orang yang dikenalinya termasuk bekas majikan sehingga dia dipaksa berhenti kerja, sejak 2 Ogos lalu.



Sebanyak 15 gambar bogel itu disebarkan melalui e-mel turut mengandungi tawaran khidmat seks dengan harga RM5 hingga RM30 untuk satu malam dan juga nombor telefon serta alamat rumah mangsa.


Mangsa yang dikenali sebagai Crystal, 44, ketika ditemui di sidang media di Biro Pengaduan Awam MCA, di sini semalam berkata dia pernah menerima ugutan daripada bekas teman lelakinya berusia 47 tahun sejak April lalu selepas memutuskan hubungan percintaan mereka.

Katanya, lelaki terbabit dikenali sejak tiga tahun lalu ketika menghadiri satu temu duga kerja dan lelaki itu bekerja sebagai pengurus besar.


“Ketika itu, kami hanya berkawan biasa dan hubungan kami menjadi semakin intim walaupun saya mengetahui dia sudah beristeri.


“Bagaimanapun, April lalu, saya mendapat tahu lelaki itu mempunyai seorang lagi teman wanita yang baru melahirkan seorang anak lelaki, oleh itu saya mengambil keputusan memutuskan hubungan kami,” katanya.

Crystal kemudian menerima panggilan serta SMS daripada lelaki terbabit yang mengugut akan menyebarkan gambar bogel miliknya yang diambil ketika dia dalam keadaan mabuk hujung tahun lalu.


“Sehari selepas lelaki itu mengambil gambar berkenaan, saya menyuruhnya memadam semua gambar-gambar itu dia memberitahu semua gambar itu dipadam.

“Saya langsung tidak menjangka lelaki itu masih menyimpan gambar berkenaan dan sanggup menyebarkannya hanya kerana saya memutuskan hubungan,” katanya lagi sambil menangis.

Menurutnya, bekas teman lelakinya itu turut menggertaknya dengan mengatakan dia sudah menyerahkan kunci pendua kediamannya kepada sekumpulan samseng dan mengarahkan mereka merogol serta membunuhnya.

Dia yang ketakutan kemudian mengambil keputusan untuk menumpang di rumah seorang rakan bersama empat orang anaknya, namun bimbang keselamatan mereka sekeluarga.

Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata pihaknya akan membantu mangsa suspek dan menggesa gambar bogel mangsa ditarik balik.

Sumber dari: Metro