KUALA LUMPUR: Nafsu syaitan. Itu gambaran bagi tindakan seorang lelaki berusia 20-an yang merogol tuan rumahnya yang berusia 50 tahun d...

Nafsu Penyewa durjana



KUALA LUMPUR: Nafsu syaitan. Itu gambaran bagi tindakan seorang lelaki berusia 20-an yang merogol tuan rumahnya yang berusia 50 tahun dan anak angkat mangsa pada hari yang sama secara bergilir tanpa pengetahuan kedua-dua mangsa.



Difahamkan lelaki berkenaan menyewa di rumah mangsa di Kampung Bandar Dalam Sentul bersama adik lelakinya sejak tahun lalu dan mangsa pula tinggal di rumah berkenaan bersama anak lelakinya berusia 23 tahun dan anak angkat perempuan berusia 21 tahun.


Sumber polis berkata, pada 7 Jun lalu, lelaki terbabit merogolnya ketika anak lelaki dan adik angkatnya keluar bekerja.

Menurutnya, selepas merogol mangsa, lelaki itu mengugut untuk membunuh anak lelaki dan mencederakan anak angkatnya jika menghebohkan kejadian berkenaan dan bagi menyelamatkan kedua-dua anaknya itu, mangsa mendiamkan diri.


“Lelaki itu mengulangi perbuatan sama pada 16 Jun dengan mengacu pisau ke leher mangsa.


“Mangsa masih tidak menceritakan kepada sesiapa apa yang berlaku hinggalah kelmarin apabila anak angkatnya memaklumkan dia dirogol lelaki yang menyewa rumah mereka,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Lebih mengejutkan, anak angkat mangsa dirogol ketika mangsa sedang tidur beberapa jam selepas dia dirogol dua kali pada hari sama.


Berang mendengar pengakuan itu, mangsa kemudian bertanya lelaki terbabit mengenai perbuatannya merogol anak angkatnya. Ketika itu, anak lelaki mangsa kebetulan berada di rumah. Lelaki berkenaan yang terasa rahsianya terbongkar kemudian bertindak memaki-hamun mangsa sebelum membaling tin minuman keras ke arah anak lelaki mangsa dan melarikannya.

“Ketika kereta dinaiki mereka berhenti di lampu isyarat, anak lelaki mangsa sempat melarikan diri sebelum menaiki teksi pulang ke rumah,” katanya.


Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa mengesahkan menerima laporan dan siasatan sedang dijalankan.

Sumber dari: Metro