SHAH ALAM, 18 Julai — Selangor akan menghantar kumpulan profesional untuk meneliti operasi harian Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd...

MB:Selangor hantar pasukan profesional pantau operasi harian SYABAS



SHAH ALAM, 18 Julai — Selangor akan menghantar kumpulan profesional untuk meneliti operasi harian Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) untuk mengenalpasti keadaan semasa air terawat di negeri tersebut, kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.



Menurut Adun Ijok itu lagi, kumpulan profesional tersebut dianggotai oleh Suhaimi Kamaruzaman (Ketua Pegawai Eksekutif KDEB), Ir Abas Abdullah (Pengarah ABASS), Karim Endut (Pengurus Besar Pengurusan Air, Kumpulan Perangsang Selangor) dan Kelvin Lee (Ketua Perancangan Strategik dan Pelaburan, Perangsang Selangor) dalam sidang akhbar di Pejabat Menteri Besar Selangor hari ini.

“Kumpulan profesional ini dihantar kepada SYABAS kerana mereka gagal memberi penjelasan terperinci dan memuaskan dalam beberapa isu ketika syarikat tersebut memberi taklimat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, pagi tadi,” kata Khalid Ibrahim.

Sumber dari: Malaysian Insider