Sebahagian pelacur warga asing yang ditahan dalam Ops Noda di bandar Puchong, Selangor malam kelmarin. PETALING JAYA – Bandar Puchong...

Makan ubat layan 10 pelanggan



Sebahagian pelacur warga asing yang ditahan dalam Ops Noda di bandar Puchong, Selangor malam kelmarin.

PETALING JAYA – Bandar Puchong dekat sini yang mendapat jolokan Hatyai Selangor digempur habis-habisan oleh anggota polis malam kelmarin dalam usaha untuk membanteras kegiatan urut dan pelacuran yang berleluasa membabitkan kira-kira 40 premis yang dikenal pasti.



Dalam serbuan yang dinamakan Ops Noda selama dua jam setengah itu, seramai 20 orang pelacur warga asing, dua penjaga premis dan 12 pelanggan warga tempatan telah ditahan, kesemua mereka berusia 20-an hingga 30-an.

Ketika ditahan, mereka sedang memberikan perkhidmatan seks di sebuah pusat urut yang terletak di sebuah bangunan kedai tiga tingkat.

Pelacur-pelacur terbabit yang masing-masing terdiri daripada 10 warga Vietnam, enam dari Thailand dan empat lagi dari China memasuki negara ini dengan menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Sumber dari: Metro