1Malaysia tahu tentang tablet canggih Malaysia yang di telah dibangunkan oleh kerjaan bersama sebuah syarikat MalTechPro Sdn Bhd. Taniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan tablet yang canggih.
Dengan kecanggihan tersebut, harga yang mungkin akan dijual adalah serendah RM 999 (harga mungkin berubah). Berbanding dengan Ipad keluaran apple yang harganya lebih mahal harganya serendah RM 1499.
Mari kita lihat spec 1Malaysia pad seperti dibawah:
Android 2.3 (Gingerbread)
WiFi & 3G Connectivity
1MM app which offers free messaging between WhatsApp and Blackberry Messenger
4,000mAH battery
32GB microSD storage
3MP camera (rear)
0.3MP camera (front)
Bagaimana? bagus ke tidak? anda semua google lah sendiri dan bandingkan dengan model yang lain. Tepuk dada tanya selera.
Anda mungkin tidak mahu beli. Mungkin anda sendiri lebih meminati yang berjenama. Samsung, Motorola, Apple dan lain2.
Jangan risau jika anda tidak mahu beli mungkin 1Malaysia pad ini akan dibekalkan kepada kakitangan kerajaan. Rancangan ini telah dirancangkan oleh syarikat MalTechPro Sdn Bhd. untuk membekalkan kepada pelajar sekolah seluruh Malaysia.
Sebelum ini kita semua tahu guru-guru sekolah telah dibekalkan ipad untuk mengambil kedatangan pelajar. Sungguh canggih sistem ini. Kertas tidak diperlukan lagi dan secara tidak langsung sedikit membantu memelihara alam.
Tak laku dekat kedai takpe, janji jual pada kerajaan sudah. Lagi untung dan sentiasa ada pembeli. Mungkin anda yang akan beli untuk anak anda belajar.
Pelajar dari sekolah NYGH Singapore telah dibekalkan Ipad Apple
Singapore telah mula memberi ipad kepada pelajar-pelajar sekolahnya. Mereka bertuah dapat ipad dan memudahkan lagi proses pembelajaran daripada membawa buku-buku teks yang tebal lagi berat berkilo-kilo.Sungguh bertuah budak-budak sekalarang ini.
Dengan ini berkemungkinan rancangan MalTechPro Sdn Bhd. bersama kerjaan untuk menaiktaraf pelajar menggunakan Tablet dalam sesi pembelajaran mereka.
Tetapi ada baiknya kerajaan membuka kertas kerja yang telus untuk (tender) syarikat-syarikat yang lain secara terbuka. Jangan pulak MalTechPro Sdn Bhd. jadi monopoli seperti Asteruk 1Malaysia. Marah orang lain nanti.
Dan anda semua jangan risau. Untung generasi sekarang dapat belajar dengan Tablet. Secara tidak langsung menjimatkan bagi mengurangkan kos kerajaan daripada membeli Ipad Apple yang terlalu mahal. Untung bukan? Serupa minyaklah subsidi untuk minyak yang murah Ron95 dari Ron97.
Saya bersyukur dengan apa yang diberikan dan lebih bersyukur lagi jika ia dilebihkan.