KUALA LUMPUR: Demi mempertahankan isteri daripada dinodai, seorang lelaki mempertaruhkan nyawanya menentang sekumpulan perompak berse...

Cedera halang isteri dinoda


KUALA LUMPUR: Demi mempertahankan isteri daripada dinodai, seorang lelaki mempertaruhkan nyawanya menentang sekumpulan perompak bersenjatakan parang apabila seorang daripada penjenayah itu mengoyak pakaian isterinya selepas mereka merompak rumahnya di Segambut, di sini, kelmarin.



Tindakan lelaki berusia 27 tahun itu menyebabkan dia cedera dipukul perompak, tetapi berjaya menghalang isterinya daripada menerima nasib lebih buruk apabila kumpulan penjenayah berkenaan beredar bersama hasil rompakan, termasuk wang tunai lebih RM5,000 serta barangan elektronik seperti telefon bimbit dan komputer riba kerana bimbang kekecohan akibat pergelutan itu akan menyebabkan jiran menyedari kehadiran mereka.


Menurut sumber, sebelum kejadian mangsa bersama isterinya yang berusia awal 20-an serta ibunya berusia lewat 40-an, berada di ruang tamu rumah apabila lima lelaki menceroboh masuk jam 3.30 petang.

Sumber dari: Metro