KUALA PILAH – Seorang peniaga, di sini kecewa apabila mendapati jumlah bil elektrik bulanan di rumahnya meningkat melebihi RM100.

Bil elektrik cecah ratusan ringgit




KUALA PILAH – Seorang peniaga, di sini kecewa apabila mendapati jumlah bil elektrik bulanan di rumahnya meningkat melebihi RM100.


Wong Fung Keow, 68, berkata, masalah itu timbul selepas pemasangan meter baru yang dipasang empat bulan lalu.

Menurutnya, sebelum ini, walaupun dia membuat perusahaan tauhu di rumah, bil elektrik tidak mencecah ratusan ringgit.

"Namun kini saya pelik walaupun sudah tidak mengusahakan perusahaan tauhu, bil elektrik semakin tinggi.

"Jika pihak berkaitan mahu menukar meter tersebut, saya tidak kisah walaupun meter lama tidak pernah rosak. Namun apabila perkara ini berlaku, saya sangat hairan," katanya.

Fung Keow yang tinggal seorang diri berkata, dia hanya menggunakan kipas, televisyen dan peti ais sahaja.

"Mana mungkin dengan menggunakan barangan elektrik ini, bil boleh mencecah lebih daripada RM100 setiap bulan,” katanya kepada Sinar Harian.Beliau berkata, dia sudah memanjangkan masalah itu kepada pihak berkaitan.

“Saya memang sudah jumpa mereka tetapi sehingga kini masih tiada apa-apa tindakan," katanya.

Justeru, Fung Keow berharap pihak berkenaan dapat memeriksa sama ada meter di rumahnya rosak atau sebaliknya.

Sumber dari: Sinar