BEBERAPA peniaga berbalah sesama sendiri ekoran perbezaan pendapat dengan tindakan DBKL menghalang pembukaan tapak bazar Ramadan di Tam...

Bergaduh dengan DBKL kerana bazar Ramadan



BEBERAPA peniaga berbalah sesama sendiri ekoran perbezaan pendapat dengan tindakan DBKL menghalang pembukaan tapak bazar Ramadan di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 21 Julai - Peniaga di Taman Setiawangsa dibenarkan meneruskan perniagaan bazar Ramadan di tapak berhadapan medan selera Taman Setiawangsa sehingga perbincangan mengenai tapak bazar mereka dibuat Isnin ini.



Wakil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, DBKL membenarkan mereka berniaga di tapak lama iaitu di Jalan Setiawangsa 13 untuk hari ini dan esok selepas mengadakan rundingan dengan peniaga.

"Kawasan Jalan Setiawangsa 9 memang sudah tidak dibenarkan DBKL untuk dijadikan tapak bazar Ramadan.

"Apa-apa keputusan selanjutnya mengenai tapak bazar itu akan ditentukan pihak pengurusan DBKL apabila rundingan dibuat Isnin ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tapak bazar Ramadan itu di sini hari ini.

Sumber dari: Utusan