BEBERAPA orang berada di dalam sebuah kedai yang menjual komputer tablet iPad di Shanghai, China semalam.
Apple menggunakan nama iPad untuk komputer tablet keluarannya.
Menurut kenyataan Mahkamah Tinggi wilayah Guangdong di laman webnya semalam, Apple telah membayar wang tersebut pada minggu lepas.
Jumlah itu jauh lebih rendah berbanding yang dituntut syarikat tersebut iaitu AS$400 juta (RM1.26 bilion).
"Ini bermakna pertikaian berhubung nama iPad dapat diselesaikan dalam cara yang memuaskan (kedua-dua pihak)," kata kenyataan tersebut.
Syarikat sekutu Shenzhen Proview di Taiwan telah mendaftar nama 'iPad' di beberapa negara termasuk China sejak awal tahun 2000 sebelum Apple tampil dengan menggunakan nama tersebut.
Seorang peguam syarikat Shenzhen Proview, Xie Xianghui berharap pihaknya dapat memperoleh ganti rugi sebanyak RM1.26 bilion.
Menurutnya, wang tersebut jika diperoleh akan digunakan untuk membayar hutang syarikat. - AFP