KUALA LUMPUR: Tindakan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun keluar bersuka ria bersama lima lelaki termasuk teman lelakinya membawa padah apabila dirogol seorang daripada mereka dalam kejadian di sebuah hotel di Bukit Bintang di sini, kelmarin.
Kejadian jam 1 tengah hari itu terbongkar tiga jam kemudian selepas mangsa pengsan ketika dalam perjalanan ke sebuah pasar raya di ibu kota.
Menurut sumber polis, sebelum kejadian, mangsa dikatakan mengikut teman lelakinya berusia 20-an ke sebuah hotel bersama empat lelaki lain dengan menyewa sebuah bilik.
Menurutnya, pada keesokan hari, ketika rakan lain keluar bekerja, mangsa dikatakan tinggal bersama seorang lagi rakan teman lelakinya yang kemudian memaksanya membuka pakaian.
“Mangsa yang ketakutan dengan permintaan itu terus menjerit meminta tolong, namun gagal apabila lelaki terbabit terus bertindak kasar membuka pakaiannya.
Sumber dari: Metro