KUALA LUMPUR – Walaupun berstatus ‘superstar’, penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza tidak pernah membezakan dirinya dengan in...

Siti buat untuk Rizman



KUALA LUMPUR – Walaupun berstatus ‘superstar’, penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza tidak pernah membezakan dirinya dengan individu lain termasuklah pekerja dan kenalan rapatnya.


Buktinya, bagi menghargai jasa dan sumbangan pereka terkenal Rizman Ruzaini yang selama ini telah banyak membantu dalam mereka pakaian-pakaiannya, Rizman telah diberikan kejutan oleh Siti.

Bertempat di Penang Village Rastaurant di Great Eastern, Siti telah membuat ‘surprise’ untuk menyambut hari kelahiran Rizman.

Siti yang pertama kali melakukan rancangan untuk menyambut hari lahir Rizman berkata, idea untuk membuat kejutan itu timbul selepas mereka berjumpa dalam konsert akhir Mania baru-baru ini.

Di konsert itu, barulah Siti sedar yang hari lahir Rizman jatuh pada 28 Mei, iaitu hari semalam.

“Ini kali pertama rasanya Siti meraikan sambut hari lahir Rizman, kerana pada tahun sebelum ini Siti tidak dapat hadir atas kesibukkan dan jadual yang padat.

“Kebetulan Siti baru pulang dari Myanmar semalam dan pengurus, Rozi Abdul Razak bertanyakan mengenai perkara ini dan Siti juga ada masa pada tengahari ini jadi kami terus menghubungi teman rapat Rizman untuk turut sama menyambut hari lahir Rizman.

“Ini adalah sebagai tanda penghargaan Siti kepada Rizman Ruzaini dan majlis makan tengahari ini sangat santai kerana dihadiri sahabat terdekat,” kata Siti seperti yang dipetik dari laman Murai.com.

Bagi Rizman pula, sambutan hari lahir kali ini amat bermakna bagi dirinya memandangkan sambutan ‘surprise’ itu adalah rancangan dari Siti sendiri.

“Sebelum ini, sukar untuk teman saya mengadakan majlis kejutan buat saya kerana seringkali itu jugalah saya dapat menghidu rancangan mereka.

“Tapi kali ini saya benar-benar tidak menyangka dan apatah lagi mastermind majlis ini adalah Datuk Siti Nurhaliza. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua yang hadir,” katanya.