Quote: SELEPAS gazet pertama filem terbaru Star Wars: The Force Awakens ditayangkan di internet November lalu, kini gazet yang kedua...



Quote:
SELEPAS gazet pertama filem terbaru Star Wars: The Force Awakens ditayangkan di internet November lalu, kini gazet yang kedua telah terbit dengan kemunculan pertama Han Solo dan 'rakan jenayahnya' Chewie selepas kali terakhir muncul bersama 32 tahun yang lalu.

Kehadiran mereka telah mencuri perhatian para peminat tegar Star Wars di seluruh dunia kerana ia adalah yang pertama kali selepas hampir empat dekad.

Filem terbaru francais Star Wars iaitu Episod VII ini akan mula ditayangkan di pawagam mulai 18 Disember tahun ini iaitu beberapa hari sebelum sambutan Krismas.

Gazet terbaru ini yang muncul dalam durasi satu minit 51 saat diperkenalkan secara rasmi oleh pengarah JJ Abrams beberapa hari yang lalu di Pusat Konvensyen Anaheim California khusus untuk peminat-peminat Star Wars.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah para pemegang watak asal siri filem ini iaitu Carrie Fisher (Puteri Leia), Mark Hamill (Luke Skywalker), Peter Mayhew (Chewbacca),  Anthony Daniels (robot C-3PO) dan pelakon-pelakon baru Episod VII, seperti Daisy Ridley, Oscar Isaac dan John Boyega.

Bercakap mengenai klip terbaru Episod VII ini, watak Han Solo, yang dilakonkan oleh Harrison Ford, muncul buat pertama kalinya di penghujung gazet ini bersama-sama Chewbacca sambil mengungkapkan kata-kata; "Chewie, we're home' (Chewie, kita dah kembali...").

Kali terakhir kedua-dua watak ini muncul bersama ialah pada 1983, dalam episod 'Return of The Jedi'.



Chewbacca (kiri) dan Hans Solo dalam gazet terbaru (gambar atas)  filem Star Wars manakala gambar bawah menunjukkan penampilan dua watak tersebut 32 tahun yang lalu. Perhatikan perbezaan wajah Han Solo tetapi Chewbacca masih menggunakan senjata yang sama. 



Klip ini bermula dengan menunjukkan suasana di kawasan padang pasir Planet Jaku (atau Jakoo), berlatarbelakangkan sebuah kapal angkasa gergasi milik bekas Empayar Maharaja Palpatine terbenam di dalam padang pasir. Turut kelihatan ialah sebuah pesawat X-Wing milik pemberontak yang pernah dipandu oleh Luke Skywalker turut terdampar di padang pasir.

Kita kemudiannya akan diperlihatkan bagaimana sepasang tangan milik seseorang yang tidak dikenali sedang mengangkat topeng milik Darth Vader, yang telahpun cair dan hancur.

Ia telah dibakar bersama-sama mayat Vader/Anakin Skywalker oleh anaknya Luke sebagaimana yang kita saksikan dalam episod 'Return of the Jedi.

Selepas itu para penonton akan mendengar suara yang dipercayai Luke Skywalker (Mark Hamill) mengungkap kembali dialog atau kata-kata yang pernah diucapkan dalam episod 'Return of the Jedi' iaitu: 'The force is strong in my family. My father has it. I have it. My sister has it.'

Kemudian muncul satu figura yang berhud dengan tangan robotik seolah-olah seperti Luke Skywalker, menyapu dan memegang robotnya yang setia iaitu R2D2.

Selepas itu kita akan dapat menyaksikan bagaimana pedang cahaya panglima Jedi iaitu 'lightsaber' bertukar tangan oleh dua karakter yang tidak kelihatan wajah mereka sekaligus memberi indikasi yang itu adalah waris atau keturunan Luke Skywalker yang merupakan pahlawan Jedi yang terakhir yang masih hidup.

Apabila kamera memfokus kepada 'lightsaber' itu ia saling tidak ubah sepertimana yang pernah dimiliki oleh Luke satu ketika dahulu yang diwarisinya daripada mahaguru Jedi, Obi Wan Kenobi di dalam episod 'A New Hope'.

Serentak dengan itu, muncul pelakon baru Oscar Isaac yang memegang watak sebagai Poe Dameron iaitu juruterbang X-Wings terbang di atas permukaan air dengan helmet dan sut penerbangannya memiliki insignia pasukan pemberontak sepertimana yang dapat dilihat dalam episod-episod awal siri Star Wars.

Tiba-tiba muncul satu watak memegang 'lightsaber' yang berwarna merah yang sebelum ini di dalam episod-episod terdahulu biasanya digunakan oleh penjahat-penjahat 'Lord Sith' yang merupakan budak suruhan Maharaja Palpatine.

Hanya selepas itu kita semua akan dapat menyaksikan kemunculan semula empayar jahat yang telah ditumpaskan oleh pasukan pemberontak dalam episod keenam iaitu 'Return of The Jedi'.
Kemunculan ini dapat dilihat dengan pembentukan skuadron Stormtroopers berlatarbelakangkan kawasan pergunungan bersalji dengan insignia merah dan hitam baru, milik empayar.

Salah satu watak yang mencuri perhatian ramai ialah kemunculan satu karakter yang memakai pakaian seragam serba hitam yang memperlihatkan bahawa ia milik pasukan elit. Jika para peminat Star Wars lebih tajam penglihatan mereka, mereka akan perasan bahawa watak tersebut hampir-hampir menyerupai 'pemburu upahan' Boba Fett yang pernah muncul dalam Episod IV, V dan VI.
Sumber dari: mstar

PASANGAN kekasih yang dicekup berkhalwat di sebuah motel di Changlun Sudah menjadi kebiasaan pada remaja yang tidak tahan untuk melend...

PASANGAN kekasih yang dicekup berkhalwat di sebuah motel di Changlun

Sudah menjadi kebiasaan pada remaja yang tidak tahan untuk melendir menjadikan hotel-hotel bajet sebagai port untuk melepaskan nafsu masing-masing. Baru berumur 19 tahun dari mana agaknya sumber kewangan mereka mampu menyewa hotel untuk bermadu kasih? Adakah dari duit mak bapak atau biasiswa MARA atau pinjaman PTPTN?

Berani memang berani, baik lelaki mahupun perempuan memang kepala otak mereka mudah dirosakkan kerana lemahnya moral mereka. Ini mungkin keranas sudah menjadi kebiasaan di TV mahupun panggung wayang dengan sajian yang banyak dipaparkan adegan-adegan panas berpelukan seksi-seksi apatah lagi adegan comolot apatah lagi adegan cerita-cerita dari barat sekali gus menaikan nafsu pada si penonton dan menjadikan mereka terasa ingin mencuba.

Agak-agak korang berapa banyak pasangan di luar sana yang melakukan zina dalam sehari. Ini baru hotel bajet yang mereka berani serbu. Belum dikira lagi dari hotel-hotel bertaraf bintang.

Quote:
Jitra: Sepasang remaja yang bermadu asmara tergamam apabila ditangkap berkhalwat dalam keadaan separuh bogel di sebuah motel di Changlun, kelmarin.

Malah, remaja lelaki berusia 19 tahun itu sanggup meminjam kereta bapanya untuk keluar bersama kekasihnya, 19, sebelum menginap di hotel untuk melakukan perbuatan itu.

Bagaimanapun, tindakan mereka itu mengundang padah apabila dicekup sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) jam 2.50 petang.

Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu Syeikh Radzi Abdul Wahab berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat di motel itu dan bergegas ke lokasi untuk membuat pemeriksaan.

Menurutnya, pasukannya kemudian membuat pemeriksaan di sebuah bilik yang disyaki disewa pasangan terbabit yang masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Perlis.


Sumber dari: Metro

Di khabarkan satu berita buruk yang telah melanda kawasan utara sekali lagi dilanda ribut yang sungguh kuat hingga menyebabkan kemusnaha...


Di khabarkan satu berita buruk yang telah melanda kawasan utara sekali lagi dilanda ribut yang sungguh kuat hingga menyebabkan kemusnahan yang banyak pada harta benda penduduk disana. Aku sendiri sangat simpati dengan keadaan mereka disana.
Dalam keadaan negara yang sedang berlaku kegawatan dengan kejatuhan ekonomi dan matawang semakin ramai insan-insan yang teraniaya kehilangan pekerjaan lagi ditambah musibah dengan kerosakan pada harta benda mereka.
Harap pada mereka yang dermawan dapat menghulurkan bantuan pada insan yang memerlukan.

Quote:
Keadaan bumbung di Flet Paya Nahu yang diterbangkan angin dalam kejadian ribut, petang tadi. FOTO ihsan pembaca 

Sungai Petani: Kira-kira enam rumah di tingkat empat Flet Paya Nahu, di sini, 'hilang' bumbung apabila diterbangkan ribut dalam kejadian yang turut merosakkan 100 rumah lain dan puluhan pokok tumbang sekitar kawasan Sungai Petani dan Merbok, di sini, petang tadi.

Mangsa, Mohd Suhairi Abdullah, 40, berkata, kejadian berlaku kira-kira 5 petang ketika dia bersama isteri dan dua anak mereka berehat di ruang tamu.

Menurutnya, tiba-tiba mereka terdengar bunyi deruman seperti helikopter terbang rendah lalu dia keluar untuk melihat apa yang berlaku.

"Bagaimanapun, saya terkejut apabila melihat pusaran angin menuju ke rumah lalu bergegas masuk ke dalam untuk memanggil isteri serta dua anak agar duduk berkumpul di tempat selamat.

"Beberapa saat kemudian sebahagian bumbung rumah saya mula diterbangkan angin dan ketika itu hujan lebat. Akibat terlalu takut, saya dan isteri serta dua anak hanya mampu berpelukan sambil melaungkan azan.

"Kami bernasib baik kerana hanya sebahagian bumbung diterbangkan angin, tetapi semua barangan di dalam rumah basah akibat air hujan," katanya.

Difahamkan, akibat kejadian itu, 12 keluarga yang tinggal di tingkat empat terpaksa dipindahkan sementara ke surau flet berkenaan akibat sebahagian besar bumbung diterbangkan ribut.

Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pokok tumbang di beberapa kawasan akibat ribut itu.
Sumber dari: Metro















Teruk juga masalah sosial sekarang hingga sanggup mengadakan aktiviti lendir di bulan yang mulia ini. Pelajar sekarang sudah memang menj...


Teruk juga masalah sosial sekarang hingga sanggup mengadakan aktiviti lendir di bulan yang mulia ini. Pelajar sekarang sudah memang menjadi kaki gersang baik IPTA atau IPTS masing-masing penuh dengan pengaruh negatif dalam fikiran mereka. Semuanya masing-masing ada agenda tersendiri hanya menunggu pasangan. masa dan tempat yang sesuai. Memang tidak dinafikan ada segelintir pelajar yang sanggup menggadai maruah demi kepuasan kehidupan mereka untuk berhibur sana sini. Lebih teruk lagi ada juga yang kesempitan wang sanggup melakukan kerja sambilan yang terlarang di hotel-hotel yang bertaraf berbintang di malam hari.

Mana puncanya? Pengaruh sudah tentu dari barat, dah diorang ini didedahkan dengan peluk cium di kaca TV sejak dari kecil lagi oleh mak bapak diorang. Lebih bahana pada mak bapak yang tidak ambil peduli biarkan anak jadi kaki pangung wayang dengan tayangan bernafsu. Sifat ingin tahu lebih lajut lagi amat mudah di zaman internet ini. Banyak website-website porno tersebar meluas tanpa sekatan. Ditambah lagi dengan adanya teknologi smart phone, applikasi media sosial menghubungkan mereka tanpa batasan amat mudah mereka berkongsi media yang tidak senonoh sambil mencari kenalan dan akhirnya menjadi babak-babak wayang kulit

Ibu bapa seharusnya mengambil peranan dalam mengambil tahu apa yang terkandung di dalam peranti atau gadjet anak-anak mereka. Theres is no privacy selagi anak di bawah jagaan atau seluar dalamnya masih ditanggung oleh kedua orang tuanya.



Quote:
Taktik sewa dua bilik untuk berasmara, gagal


JITRA: Seorang pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan teman lelakinya sanggup menyewa dua bilik yang berbeza ketika mendaftar masuk sebuah motel di pekan ini, sebagai helah untuk mereka berdua-duaan dalam sebuah bilik di situ. 

Namun, helah pasangan berusia 19 tahun itu terbongkar apabila bilik yang digunakan mereka untuk berasmara diserbu sepasukan penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu, awal pagi semalam. 

Ketika serbuan jam 1 pagi itu, remaja lelaki terbabit memberikan alasan kononnya terpaksa menyewa bilik motel berkenaan kerana pasangannya tidak sempat masuk ke asrama disebabkan pintu masuk IPTA sudah ditutup. 

Pemuda dari Sungai Petani itu mendakwa tidak melakukan apa-apa dengan pasangannya, sebaliknya hanya duduk berdua sementara menunggu waktu bersahur, namun keadaannya yang hanya memakai tuala ketika diserbu menimbulkan syak anggota penguat kuasa. 

Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu, Syeikh Radzi Abdul Mutalib, berkata ketika diserbu, pelajar wanita terbabit berpakaian lengkap. "Sebaik pintu bilik yang diketuk dibuka, seorang pemuda kelihatan terkejut mendapati kehadiran pihak berkuasa, namun membenarkan anggota bertugas masuk ke dalam bilik untuk membuat pemeriksaan. "Kami menemui seorang gadis dalam ketakutan dan ketika ditanya mengenai hubungan mereka, masing-masing gagal menunjukkan sebarang bukti status mereka sebagai pasangan suami isteri atau mahram yang sah.

 "Hasil maklumat, kami dapati mereka mulanya menyewa dua bilik berasingan kira-kira jam 10 malam dipercayai sebagai taktik mengaburi pihak berkuasa, sebelum pemuda itu menyelinap ke bilik pasangannya," katanya. Radzi berkata, pasangan itu dipercayai sudah lama berkenalan kerana masing-masing berasal dari Sungai Petani tetapi mereka kerap bertemu di sini, sejak pelajar perempuan itu melanjutkan pelajaran ke IPTA. 

"Kedua-duanya dibawa ke Balai Polis Jitra untuk laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama daerah diambil keterangan. Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 dan jika sabit kesalahan kedua-dua mereka boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya," katanya. 

Sumber dari: Bharian

Aku masih tertanya-tanya mengapa tahun ini rakyat malaysia bertubi-tubi terpaksa dibebani pelbagai kenaikan dari kerajaan? Seperti sud...


Aku masih tertanya-tanya mengapa tahun ini rakyat malaysia bertubi-tubi terpaksa dibebani pelbagai kenaikan dari kerajaan? Seperti sudah menjadi kelaziman pulak kalau asik mendengar harga minyak naik..rakyat naik minyak, harga barang naik..rakyat naik berang, tol naik..jangan pulak sampai rakyat terpaksa baling botol (molotov). Tidak cukupkah lagi perjuangan rakyat membayar cukai setiap masa. sudahlah cukai pendapatan dikenakan hingga 26% setahun , kini rakyat dipaksa membantu kerajaan dengan GST. Masih tidak cukupkah lagi bantuan dari rakyat? Apakah negara Malaysia mengalami krisis ekonomi yang teruk?


Bukankah kerajaan telah perangkakan pelbagai pelan bajet setiap tahun? Apa lagi yang tidak kena sehingga terpaksa membayar pampasan lah, melunaskan hutang lah, bla..bla..bla.. tapi at the end orang lain yang terkena. Bukankah pemerintah dan pak-pak menteri semuanya dikatakan bijak pandai mampu melaksankan pengurusan negara dengan baik dan bijaksana. Tapi apa dah jadi sekarang, rakyat pula dipaksa berbelanja berlebihan dan ada banyak golongan menghadapai kesusahan menyimpan wang.

Jika taraf hidup meningkat sudah tentu akan memperi impak kepada peniaga dan pelabur yang sudah tertentu terpaksa membayar kos pekerja tempatan dengan jumlah yang tinggi. Dan peluang pekerjaan untuk warga tempatan sudah tentu terjejas kerana demand gaji pekerja warga tempatan yang tinggi. Lepas itu dibawa masuk berjuta pendatang yang gajinya murah bagi mengisi kekosongan pekerjaan di Malaysia. 

Kerajaan menggalakkan membeli barangan tempatan dari barangan import. Kalau sudah berjuta-juta dibawa masuk pendatang bukankah namanya seperti barangan import. Pengaliran Ringgit Malaysia yang banyak dibawa keluar sudah tentu memberi kesan kejatuhan nilai ringgit. Maka akan berlakulah kitaran kenaikan kos pada harga minyak , harga barang-barang yang diimport dan sebagainya kerana perbezaan nilai matawang yang tinggi.

Kalau ini berterusan sudah tentu pelabur asing tidak lagi berminat untuk meneruskan perniagaan di Malaysia. Sekarang pun boleh dilihat banyak syarikat-syarikat besar telah beralih arah ke negara-negara yang kos sara hidup rakyatnya yang rendah. Antaranya ialah Indonesia, China, Vietnam, Thailand dan Filipina.

Ingatlah, kemajuan sesebuah negara yang dicapai bukan sekadar jalan rayanya bertol yang luas, mempunyai banyak pencakar langit yang besar lagi tinggi atau tempat beribadat yang menelan belanja ratusan juta , tetapi apa yang penting ialah kos sara hidup rakyat yang rendah adalah bukti sesebuah negara itu maju.



Quote:
Tangguh naik tol, kerajaan kena bayar RM1.08b

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof menyampaikan sijil 'The Malaysia Book of Records' kepada Pengarah Kerja Raya Perak Datuk Dr Safry Kamal Ahmad selepas melawat Jambatan Batu 6 yang dinobatkan sebagai Jambatan Konkrit Satu Rentang Yang Terpanjang di Malaysia menggunakan 'Ultra High Performance Cencrete'. - Foto Bernama

GERIK - Kerajaan dijangka membayar sebanyak RM1.08 bilion dalam bentuk pampasan kepada 23 syarikat konsesi membabitkan 30 lebuh raya seluruh negara sekiranya tiada kenaikan kadar tol, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata, kerajaan terpaksa membayar pampasan RM580 juta kepada syarikat konsesi ketika ini, jika kadar tol tidak dinaikkan.
    
"Bayangkan jika kadar tol meningkat, wang ini (pampasan) boleh digunakan untuk tujuan lain seperti membina jalan raya, sekolah serta hospital yang masih memerlukan pembangunan.
    
"Adakah kerajaan mampu untuk membayar pampasan? Itulah yang perlu diambil kira. Jika kami membenarkan kenaikan tol, kami juga perlu mengambil kira kepentingan rakyat yang tidak mahu kenaikan itu dilaksanakan," katanya.
    
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Tugu Peringatan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, Kelantan di sini, hari ini.
    
Fadillah berkata, kenaikan kadar tol tidak dilaksanakan sejak 2008 dan syarikat konsesi telah mencadangkan supaya kenaikan bayaran kadar tol dikaji semula.

"Syarikat konsesi layak meminta kenaikan kadar tol, ada yang perlu dikaji semula setiap tiga tahun, ada yang lima tahun dan ada yang tujuh tahun.
    
"Kerajaan masih boleh mengimbangkan dan masih boleh membayar pampasan kepada syarikat konsesi dan untuk itu juga sebarang kenaikan kadar tol memerlukan inisiatif tertentu supaya rakyat tidak terasa beban," katanya.
    
Sehubungan itu, banyak faktor perlu dipertimbangkan sebelum membenarkan kadar kenaikan itu bagi memastikan ia tidak membebankan rakyat.
    
Beliau berkata kenaikan kadar tol perlu dipertimbangkan kerana ia membabitkan kepentingan banyak pihak termasuk pelabur dan pemberi pinjaman kerana ia turut memberi kesan terhadap keyakinan pelabur. - Bernama
Sumber dari: Sinar

Satu rakaman CCTV yang menjadi viral di media sosial memaparkan seorang lelaki melakukan onani di lobby hotel telah menyebabkan orang ...



Satu rakaman CCTV yang menjadi viral di media sosial memaparkan seorang lelaki melakukan onani di lobby hotel telah menyebabkan orang lain terminum hasilnya. Kejadian dipercayai berlaku di sebuah hotel di Puchong dan dari paparan video tersebut seorang lelaki lingkungan 20-an telah menunggu sekian lama di lobi hotel seorang  diakhiri sedang memasukkan sesuatu kedalam botol minuman yang diambilnya dari kaunter hotel tersebut.
Sudahlah beronani, paling tak boleh blahh ia dilakukan di kawasan terbuka then dump dalam botol minuman kepunyaan orang lain. Memang sah lelaki itu sakit mental spesis gila seks atau pervert melampau hingga menyebabkan orang lain teraniaya. Kepada datuk bandar banyakkan lagi rumah urut atau pusat reflexiologi atau thai massage and spa center supaya golongan sangap seperti ini bercambah lagi bertambah.


Quote:
Lelaki gila seks letak sperma dalam botol minuman juruwang

KUALA LUMPUR, 2 Julai: Sebuah video memaparkan seorang lelaki melakukan onani dan meletakkan spermanya ke dalam botol minuman seorang juruwang di lobi sebuah hotel yang dikatakan terletak di Puchong, mengejut dan menjijikkan netizen.

Rakaman dari video dari kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di Facebook kira-kira lapan jam lalu oleh pengasas bersama ‘Community Policing Malaysia’, Kuan Chee Heng tersebar luas di kumpulan media sosial yang lain.

Pada mulanya, video itu memaparkan seorang lelaki Cina, dalam lingkungan 20-an duduk dan berkeliaran di lobi sambil melakukan onani.

Dia kemudian mengambil botol minuman berwarna merah jambu dari kaunter dan mula melepaskan sperma ke dalam botol itu.

Namun, nama hotel berkenaan tidak didedahkan di dalam video itu.

Dalam kapsyen video berkenaan, Kuan menulis bahawa juruwang malang meminumi air dari botolnya dan apabila merasakan ada kelainan, beliau terus memeriksa video dari CCTV.

Kapsyen video berkenaan: “Seorang lelaki sakit mental beronani di lobi hotel, masukkan sperma ke dalam botol minuman dan tanpa diketahui, juruwang terus meminum dari botolnya dan merasakan ada yang tidak kena dengan air itu.

“Beliau menemui sperma dalam airnya dan apabila melihat CCTV, mendapati lelaki Cina gila seks memasukkan mani ke dalam botol airnya yang disimpan di kaunter ketika beliau tiada di situ. Kami akan terus memburu lelaki itu kerana kami percaya dia akan melakukan perkara yang lebih buruk lagi selepas ini,” kata Kuan.

Menurut chop tarikh dalam video berkenaan, ia dirakam pada 22 April lalu.

Video berkenaan menerima banyak komen negatif dari pengguna Facebook dan turut menerima lebih 72 likes dan 75 perkongsian.

Jennifer Leong, seperti netizen yang lain, marah dan berkata lelaki berkenaan perlu dicari dan dihukum.

“Letak gambar lelaki gila seks ini dan biar orang semua mencarinya,” kata seorang pengguna Facebook, Leonard Yang.
Sumber dari: TRP

Tidak banyak syarikat stesen televisyen di Malaysia, tapi yang mana satu? Astro? Media Prima? Mytv? Memang jijik dan tidak senonoh peran...


Tidak banyak syarikat stesen televisyen di Malaysia, tapi yang mana satu? Astro? Media Prima? Mytv? Memang jijik dan tidak senonoh perangai seorang "pervert" ni yang mungkin mempunyai masalah mental melampau pada nafsu kelakuan seksual yang abnormal. Suspek dikatakan seorang lelaki sebagai kakitangan di sebuah syarikat stesen televisyen telah dipercayai melakukan tabiat buruk itu sejak beberapa tahun.

Bagaimana pula seorang lelaki dipercayai kerap kali berjaya menyelinap masuk ke tandas wanita sejak beberapa tahun? Bukannya satu atau dua gambar malah puluhan gambar wanita yang kencing di tandas. Mungkin kerana lelaki ini seorang pekerja di syarikat stesen televisyen telah banyak menerima pendedahan dalam selok-belok penggunaan jenis kamera. Payah juga kalau setiap kali mahu keluar masuk tandas wanita untuk mengambil gambar. Mungkin ada spy camera yang kecil diletakkan di dalam tandas tersebut dan  suspek hanya perlu mengambil atau memindahkan ke peranti yang lain sahaja. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua apabila suspek telah disedari oleh mangsa yang mungkin arif dengan teknologi peranti yang diguna pakai oleh suspek.

Zaman sekarang teknologi serba canggih telah banyak mengeluarkan pelbagai jenis bentuk kamera dan fungsi samada hardware mahupun software. Ada yang kecil, ada yang mudah disorok dan ada juga yang mudah untuk dibawa ke mana-mana mengikut aktiviti yang dilakukan (contohnya kamera GoPro). Maka segala peranti ini amat mudah didapati di pasaran lebih-lebih lagi di internet. Google saja "spy cam" korang boleh pilih sendiri pelbagai jenis kamera yang kecil dan mudah dibawa.



Tapi tidak mustahil juga menggunakan smart phone untuk dijadikan sebagai kamera pengintip. Caranya dengan menggunakan applikasi  IP kamera yang mudah didapati seperti video di bawah ini





Quote:
Simpan gambar wanita kencing

Kuala Lumpur: Seorang kakitangan sebuah syarikat televisyen dikesan mempunyai hobi jijik iaitu gemar menyimpan puluhan gambar wanita yang sedang kencing di tandas.

Suspek berusia 37 tahun itu dipercayai menggunakan telefon pintar untuk merakam curi gambar mangsa di dalam tandas sebelum dipindahkan ke dalam tablet miliknya.

Tabiat tidak senonoh lelaki itu dipercayai dilakukan sejak beberapa tahun lalu terbongkar selepas salah seorang mangsa menyedari tindakan suspek merakam gambarnya Isnin lalu.

Difahamkan mangsa berusia 20-an berada di dalam tandas di sebuah stesen televisyen di sini.

Sumber berkata, suspek panik dan melarikan diri sejurus mangsa menjerit meminta tolong.

“Polis mengenal pasti identiti suspek berdasarkan rakaman CCTV. Tangkapan akan dilakukan dalam tempoh masa terdekat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis berhubung kejadian itu.

Sumber dari: Metro

Pada awalnya aku ingatkan rakaman video orang sedang berlakon filem melayu ala-ala KL gangster, rupa-rupanya satu pergaduhan serius. Pe...


Pada awalnya aku ingatkan rakaman video orang sedang berlakon filem melayu ala-ala KL gangster, rupa-rupanya satu pergaduhan serius.
Pergaduhan dipercayai berlaku di tapak bazaar Ramadhan Jalan Taiping Klang pertembungan dua kumpulan melayu. Tidak pasti apa punca dan motif pergaduhan. Mungkin ketika pergaduhan berlaku tiada polis dikawasan sekitar. Maklumlah bulan Ramadhan yang mulia ini mungkin anggota polis berlumba-lumba mengerjakan lebih ibadah di masjid dari perkara-perkara di luar sana.
Jika korang berhadapan keadaan seperti ini elakkan jauh-jauh dan segera hubungi pihak yang berkuasa (polis). Jangan cuba pandai-pandai mendekati dan cuba masuk campur takut mendapat buku lima percuma. Lagi parah ada senjata tajam atau senjata api di dalam pergaduhan, dah satu hal boleh terkena peluru sesat.


Kegairahan kerajaan Malaysia melaksanakan GST telah memberi impak yang sangat besar kepada rakyat yang telah mengubah corak fenomena per...


Kegairahan kerajaan Malaysia melaksanakan GST telah memberi impak yang sangat besar kepada rakyat yang telah mengubah corak fenomena perbelanjaan seseorang. Perlaksanaan GST adalah bukti kegagalan pemimpin-pemimpin kerajaan yang bijak pandai mentadbir negara, rakyat pula yang terkena. Adanya GST, rakyat terpaksa bijak berbelanja dan hanya berbelanja pada yang perlu sahaja demi berjimat cermat dan menambah simpanan.
Apakah majalah Anjung Seri dan Jelita ini satu keperluan yang patut rakyat beli? Bagi aku tidak sama sekali kerana ia akan menambahkan lagi perbelanjaan aku jika aku tertarik sesuatu untuk membeli seperti apa yang terkandung didalam majalah tersebut. Lagi bagus membeli komik seperti Naruto atau One Piece kerana tiada kesan rantaian terhadap aku dalam nafsu berbelanja. Itu membuktikan GST telah berjaya mengurangkan tarikan kepada pembaca-pembaca meterialistik. Lihat sahaja reka bentuk dan hiasan ddalam majalah tersebut sudah tentu kosnya boleh mencecah puluhan ribu ringgit.
Sepatutnya sistem GST perlu dilaksankan lebih berperingkat dengan tidak mengenakan GST syaritkat_syarikat tempatan sekaligus memberi tumpuan kepada produk buatan anak malaysia bukannya produk-produk import dari luar negara. Itu namanya memajukan syarikat tempatan sekaligus mampu menaikkan ekonomi Malaysia.
Kalau korang ingin tahu banyak lagi negara yang tidak mengamalkan GST/VAT ini. Hanya negara-negara yang sakit setiap tahun ada defisit (tidak tahu mentadbir), kenaikan kadar inflasi, hutang negara yang tinggi dan kejatuhan nilai matawang akan mengamalkan sistem GST/VAT ini.



Bilangan negara anggota PBB adalah 193 dan dari 193 hanya 40 negara tidak melaksanakan GST/VAT, anataranya seperti berikut:

No.
Region
No. of Country
1
Asean
-Brunei
-Myanmar
2
2
Asia
-Afghanistan
-Bahrain
-Bhutan
-Iraq
-Kuwait
-Maldives
-North Korea
-Oman
-Qatar
-Saudi Arabia
-Syria
-Timor Leste
-United Arab Emirates
-Yemen
14
3
Europe
-Andora
-San Marino
2
4
Oceania
-Kiribati
-Marshall Islands
-Micronesia
-Nauru
-Palau
-Solomon Islands
-Tuvalu
7
5
Africa
-Angola
-Comoros
-Djibouti
-Eritrea
-Liberia
-Libya
-Sao Tome and Principe
-Somalia
-South Sudan
-Swaziland
10
6
Caribbean, South, Central & North America
-Bahamas
-Cuba
-Saint Lucia
-Suriname
-United States of America
5

Perlu ingat, Negara Greece merupakan sebuah negara dalam benua eropah yang mengamalkan GST/VAT yang kini telah menghadapi masalah kewangan yang menunggu masa untuk muflis.



Quote:
Jelita, Anjung Seri, Malaysian Business Gulung Tikar

PETALING JAYA: Syarikat penerbitan terawal negara, Berita Publishing Sdn Bhd menamatkan operasi empat majalahnya selepas mencatatkan jualan merudum terutama sejak pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Menyifatkan GST sebagai pembunuh utama operasi syarikat itu, Pengarah Eksekutifnya, Juhaidi Yean Abdullah berkata, majalah tidak lagi dijual, sebaliknya ia dipulangkan peniaga dalam kuantiti besar sejak April lalu.

"Bayangkan daripada 30,000 naskhah majalah yang diterbitkan, jumlah yang dipulangkan kepada kami mencecah 28,000, ia sama sekali tidak menguntungkan.

"Tiga faktor utama yang menyebabkan syarikat terpaksa mengambil keputusan menamatkan penerbitan majalah adalah saingan yang semakin hebat termasuk pengiklanan yang merosot, kesukaran mengekalkan kakitangan dan paling membunuh adalah GST," katanya ketika dihubungi mStar Online, Rabu.

Antara syarikat penerbitan tertua negara, Berita Publishing adalah penerbit majalah popular seperti Malaysian Business, Jelita, Anjung Seri dan Madam Chair.

Sejak ditubuhkan pada 1973, syarikat berkenaan melalui proses transformasi apabila bertukar milik daripada anak syarikat The New Straits Times Press (M) Bhd kemudiannya berpindah milik kepada Alaf Positif Sdn Bhd.

Menamatkan operasi majalah syarikat itu pada Selasa, jelas Juhaidi, langkah kerajaan mengenakan GST kepada penerbitan majalah memerlukan peniaga menaik taraf mesin juruwang selewat-lewatnya Oktober ini.

Bagaimanapun, katanya, sejak April lalu, pihaknya mendapati ramai peniaga tidak lagi menjual majalah kerana ada yang masih belum mengubah sistem pembayaran supaya seiring dengan pelaksanaan sistem percukaian baharu itu.

"Pembeli tidak puas hati apabila jumlah yang dibayar tidak sama dengan catatan pada resit yang dikeluarkan, dan kerana bimbang dikenakan tindakan pekedai mengambil jalan mudah dengan meletakkan majalah di bahagian bawah, bukannya di rak untuk menarik perhatian ramai," katanya.

Mengenai kakitangan syarikat, kata Junaidi lagi, seramai 50 pekerja berpengalaman - ada sesetengahnya sehingga 40 tahun dalam bidang masing-masing termasuk pemasaran, pengedaran, editorial dan pentadbiran - terpaksa diberhentikan.

"Sebagai majikan, kami tetap menjalankan tanggungjawab untuk memastikan kebajikan mereka terpelihara.

"Selain pampasan setimpal, syarikat juga mengeluarkan testimonial dan membantu mereka mendapatkan pekerjaan tetap," katanya sambil menambah ketika ini syarikat itu hanya mengekalkan baki 10 pekerja sahaja.

Bagaimanapun, Junaidi menegaskan syarikat itu tidak akan ditutup, sebaliknya akan memberi tumpuan kepada perniagaan penerbitan secara kontrak dan penerbitan lain.

Katanya, pihak syarikat bercadang menceburi bidang lain seperti perundingan, berdasarkan kepakaran serta pengalaman sedia ada.
Sumber dari: mstar

Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Begitulah fitrah kehidupan kalau ibu bapa mendedahkan sesuatu kepada anak mereka, sudah pas...


Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Begitulah fitrah kehidupan kalau ibu bapa mendedahkan sesuatu kepada anak mereka, sudah pasti anak itu akan mengikuti apa yang telah didedahkan. Kalau seorang anak didedahkan dengan keganasan serta pengalaman yang negatif, sudah pasti mentaliti dan kelakuannya akan menjadi seorang yang ganas. Kalau anak itu diterapkan dengan nilai-nilai yang murni, bersopan santun (contohnya mengajar salam) sudah pasti akan pandai menghormati pada orang lain.

Begitu kisahnya seorang bayi bernama Ellie Farmer telah didedahkan dengan aktiviti panjat dinding oleh ibu bapanya sejak dari usianya 8 bulan. Kini bayi kecil ini sudah mencapai usia 20 bulan dan mampu memanjat hingga ke puncak. Mungkin harapan kedua ibu bapanya bila besar nanti bukan seorang yang profesional di dalam bidang undang-undang, perubatan, kejuruteraan, cendiakiawan atau pemimpin negara tetapi hebat didalam acara rock climbing atau wall climbing.



Memang nampak menakjubkan bila aku menonton Ellie Farmer ni memanjat dinding. Tetapi bagaimana pula dengan video di bawah ni ?seorang bayi lelaki yang hampir seusia Ellie Farmer. Guna sebelah tangan jer beb memanjat sudut tegak sambil membawa beban.



Quote:
.
Bayi sudah pandai panjat tembok

ARIZONA, Amerika Syarikat – Seorang bayi di sini mula meminati aktiviti lasak memanjat tembok sejak berumur lapan bulan iaitu dua bulan sebelum dia mampu berjalan.

Bayi tersebut, Ellie Farmer yang berumur 20 bulan merupakan anak kepada pasangan pendaki berbakat, Rachael dan Zak Farmer telah didedahkan dengan aktiviti itu semasa dalam kandungan lagi apabila ibunya tetap memanjat tembok walaupun ketika hamil.

Ellie kini digelar bayi berbakat luar biasa apabila rakaman video dia memanjat batu telah ditonton lebih satu juta kali.

"Dia adalah sebahagian daripada komuniti pendaki sejak dilahirkan. Ketika dia mula membuka mata, dia berada di gim dan melihat pendaki," ujar bapa bayi itu, Zak kepada CNN.


PENGALAMAN pertama Ellie mendaki bersama ibunya di sebuah gimnasium di bandar Flagstaff, Arizona. - AGENSI

Oleh kerana Ellie terlalu kecil untuk memakai abah-abah keselamatan, dia mendaki tanpa menggunakan tali untuk pendakian rendah.

Menurut ibu bapanya, kaki Ellie juga dilindungi kasut kulit lembut bertumit dan tidak pernah memanjat tembok yang lebih tinggi daripada 2.1 meter
Sumber dari: kosmo

Sampai pengumuman harga minyak baru untuk bulan Julai terpaksa dihentikan. Takkanlah sampai sakit sangat kerajaan hingga tidak mampu men...


Sampai pengumuman harga minyak baru untuk bulan Julai terpaksa dihentikan. Takkanlah sampai sakit sangat kerajaan hingga tidak mampu mengumumkan harga baru minyak petrol dengan lebih awal. Seperti mahu beri kejutan kepada rakyat. Kalau harga naik jer kot tak berani nak umum..kalau harga turun mungkin diorang akan umum dengan penuh kebanggaan.
Kini harga baru untuk Julai 2015 telah dinaikkan 20sen bagi Ron97 iaitu dari RM2.35 kepada RM2.55.
Manakala sekupang kenaikan bagi Ron95 iaitu dari RM2.05 kepada RM2.15.
Besyukurlah kita kerana harga minyak petrol di Malaysia  masih rendah berbanding dengan negara-negara pengeluar minyak yang lain seperti Brunei, Qatar, Arab Saudi dan banyak lagi. Aku faham kesan kejatuhan nilai ringgit kepada RM3.78 per 1 USD telah menyebabkan kenaikkan ini.  Dan pak menteri banyak kali cakap ekonomi Malaysia masih kukuh dan stabil. Dan ada juga menteri yang suka dengan kenaikan dollar sebab akan menggalakkan pelancong asing datang melawat ke negara kita.




Quote:
Harga minyak naik bermula tengah malam ini

KUALA LUMPUR, 30 Jun: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek mengesahkan kenaikan harga baru petrol bermula 1 Julai.

Perkara itu disahkan beliau ketika dihubungi The Rakyat Post, hari ini.

Harga baru itu merangkumi kenaikan bagi RON97 sebanyak 20 sen, menjadikan perubahan harga daripada RM2.35 seliter kepada RM2.55 seliter.

Bagi RON95 pula, kenaikan harga sebanyak 10 sen, iaitu daripada RM2.05 kepada RM2.15 yang berkuat kuasa tengah malam ini.

Harga diesel bagaimanapun kekal pada RM2.05 seliter dan semua kenaikan itu termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kecuali untuk RON95.

Terdahulu, Hasan mengingatkan pengguna bahawa kementeriannya tidak akan membuat pengumuman awal mengenai perubahan harga petrol bulanan.

The Star hari ini memetik menteri itu sebagai berkata, pengguna hanya akan mengetahui perubahan harga petrol pada tengah malam.

Harga baru bahan bakar itu biasanya diumumkan di laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia (Pesamp), Datuk Abu Samah Bachik ketika dihubungi berkata, pihaknya juga tidak mendapat maklumat awal mengenai harga terbaru bahan bakar itu, meskipun harga baru akan mula berkuat kuasa jam 12 tengah malam ini.

“Setakat ini belum ada pengesahan, sepatutnya kementerian sudah umum sekarang (jam 9 malam).

Tetapi, sekarang kementerian sudah buat harga automatik (auto price) dan terus masuk dalam sistem. Kita tidak tahu dan tidak dapat maklumat awal,” katanya.

Sumber dari: TRP



Quote:
Tiada Lagi Notis Awal Harga Bahan Api - Hasan Malek

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan membuat pengumuman lebih awal mengenai harga baharu petrol dan diesel setiap bulan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.

"Kami memutuskan untuk menghentikan amalan sebelum ini iaitu mengumumkan harga baharu pada hari terakhir setiap bulan.

"Mulai sekarang, pemilik kenderaan hanya akan tahu sama ada harga akan naik atau turun atau dikekalkan pada tengah malam," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat sempena Hari Terbuka GST anjuran Pemuda Umno di sini, Selasa.

Bulan lalu, pengumuman harga minyak dibuat melalui laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Bagi Jun, harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel naik 10 sen seliter berbanding Mei.

Harga RON95 ialah RM2.05 seliter, RON97 (RM2.35 seliter) manakala diesel (RM2.05 seliter).

Harga minyak sejak Disember lepas telah ditetapkan mengikut kaedah pengapungan terkawal yang mana tiada lagi subsidi bagi RON95 dan diesel memandangkan harga pasaran dunia lebih rendah berbanding harga di pam.

Sejak mekanisme itu dilaksanakan, harga minyak telah berubah sama ada meningkat dan menurun dari satu bulan ke satu bulan berikutnya.

Sumber dari: mstar

Hidangan berbuka puasa di hotel sudah pasti akan disajikan pelbagai jenis menu seperti kambing golek, murtabak, masak lemak tempoyak ika...


Hidangan berbuka puasa di hotel sudah pasti akan disajikan pelbagai jenis menu seperti kambing golek, murtabak, masak lemak tempoyak ikan patin, bubur lambuk, mi bandung Muar, laksa Pulau Pinang dan pelbagai lagi juadah yang enak dihidangkan kepada tetamu.

Tetapi hidangan berbuka akan lebih enak jika ada sajian "apam dan susu atau nasi lemak sambal kerang" yang sudah tentu amat mengiurkan. Malangnya aktiviti santapan enak seperti ini adalah santapan larangan yang hebat dihidu oleh Jabatan Agama di hotel-hotel bujet sahaja. Hidung mereka tidak mampu untuk menghidu di hotel-hotel bertaraf 3-5 bintang kerana apa yang keluar di berita selalunya hanya di hotel-hotel bajet sahaja.

Kenapa? Mengapa? Mustahil selain hotel bajet itu bersih dan terhindar dari aktiviti santapan larangan dan hanya mampu menangkap ikan-ikan kecil sahaja. Adakah mereka takut tertangkap ikan-ikan besar ala VVIP atau tidak mempunya kelengkapan yang cukup untuk menangkap? Atau golongan ikan-ikan besar ini sudah tentu mewah, mampu dan tidak takut membayar denda. Alahai setakat RM3000 seperti RM3 bagi mereka. Bukannya ada hudud pun dalam negara yang penuh demokrasi nie. Hingga ke hari ini belum ada lagi negara berdemokrasi melaksanakan undang-undang hudud (kalau tak silap aku laa..)




Quote:
Empat pasangan cemar Ramadan
ALOR SETAR - Memalukan, apabila seorang penjawat awam berusia 20-an dicekup tidak berbaju dan hanya berselimut bersama seorang wanita di sebuah bilik hotel di Jalan Lencong Barat, di sini, semalam.

Pasangannya yang juga penuntut sebuah universiti awam berusia 22 tahun pula memakai baju dan hanya bertuala ketika diserbu anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik).

Keduanya memberi alasan ingin berbuka puasa bersama memandangkan sudah lama berkenalan dan sering berjumpa sebelum mendaftar di hotel itu.

Bagaimanapun, masing-masing mengaku tidak memiliki sebarang ikatan sah sebaliknya hanya sebagai kawan.

Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-Undang, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, pasangan berkenaan antara empat yang ditahan dalam ‘Ops Ramadan’ bermula jam 12 tengah malam hingga jam 4 pagi itu.

"Dua pasangan lagi, masing-masing berusia antara 18 hingga 20 tahun ditahan dalam sebuah bilik sama turut memberikan pelbagai alasan ketika ditahan," katanya.

Menurutnya, operasi disertai kira-kira 25 anggota penguat kuasa Jaik itu turut disertai Penolong Pengarah Bahagian Pencegahan, Syeikh Mohd Rasydan A Rahman.

"Dalam serbuan berasingan di sebuah hotel di Jalan Tambang Badak, di sini, seorang lelaki berperwatakan wanita berusia 22 tahun turut ditahan bersama seorang lelaki berusia 24 tahun.

"Mereka dipercayai sudah menginap di hotel berkenaan sejak Khamis lalu," katanya.

Beliau berkata, Ramadan sepatutnya diisi dengan aktiviti berfaedah, bagaimanapun masih ada yang melakukan perbuatan tidak bermoral sedemikian.

"Mereka sanggup mencemarkan kemuliaan Ramadan dengan melakukan perbuatan sedemikian bersandarkan nafsu semata-mata.

"Ibu bapa dinasihatkan mengawasi anak masing-masing supaya tidak terbabit dalam kegiatan maksiat, terutama ketika Ramadan," katanya.

Empat pasangan disyaki berkhalwat disiasat di bawah Sekyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara.

Manakala, kes lelaki berperwatakan wanita disiasat mengikut Sekyen 26 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau setahun penjara.
Sumber dari: Sinar