Sebenarnya banyak dah kes anggota polis yang mereka sendiri melanggar undang-undang. Ada yang amik duit kopi, ada seludup kenderaan, bunu...



Sebenarnya banyak dah kes anggota polis yang mereka sendiri melanggar undang-undang. Ada yang amik duit kopi, ada seludup kenderaan, bunuh orang pun ada. So benda-benda seperti inilah yang akan merosakkan krediabiliti Polis. Masyarakat mungkin akan beranggapan anggota polis tidak boleh dipercayai. Bagi aku sendiri tidaklah sampai mahu pukul keliling. Aku sendiri ada rakan yang bekerja di Bukit Aman. Ok jer..bagi aku tak semua polis tu teruk. Banyak juga yang sopan santun dan baik budi bahasanya.

Subhanallah.. Sejak dua menjak sebelum ini kerap pulak berlaku bencana puting beliung ni. Sebelum ini kecoh di kawasan pandamaran Klan...


Subhanallah.. Sejak dua menjak sebelum ini kerap pulak berlaku bencana puting beliung ni. Sebelum ini kecoh di kawasan pandamaran Klang, Kedah dan Johor. Aku sendiri pernah nampak fenomena seperti ini di lautan. Dari permukaan laut sampai ke langit aku lihat seperti puting beliung tu menyedut air ke awan. Korang sendiri boleh rasa berat air sebaldi macam mana ini kan bula bergelen gelen air di sedut naik. Memang kekuatan angin tu sudah cukup mampu menerbangkan manusia.

Malaysia menang di gelangang sendiri menentang Thailand (3-2) dalam pusingan kedua perlawanan akhir tetapi tewas secara keseluruhan deng...


Malaysia menang di gelangang sendiri menentang Thailand (3-2) dalam pusingan kedua perlawanan akhir tetapi tewas secara keseluruhan dengan aggreget (3-4). Thailand sebelum ini menewaskan Malaysia dengan 2 gol dalam pusingan pertama telah menyukarkan Malaysia kerana tiada sumbangan gol di tempat lawan sebelum ini. Apa pun juara AFF Suzuki Cup telah berpihak kepada Thailand. Syabas dan Tahniah buat mereka,


Hari ini berita kecoh lagi dengan penurunan harga minyak berterusan ke paras di bawah 60usd setong adalah yang terburuk disepanjang te...


Hari ini berita kecoh lagi dengan penurunan harga minyak berterusan ke paras di bawah 60usd setong adalah yang terburuk disepanjang tempoh 5 tahun. Apakah krisis ekonomi akan berulang seperti yang berlaku pada tahun 2007? dimana ketika itu harganya menjunam dibawah 33usd setong. Aku masih ingat lagi syarikat tempat aku bekerja terpaksa mengambil langkah memberhentikan ramai pekerja. Lebih kurang 20% perkerja terpaksa diberi tawaran VSS (volunteer stop service). Itu yang dapat tawaran VSS kira beruntung dari yang tidak dapat apa-apa. Mereka terus dibuang dengan alasan majikan pekerja yang bermasalah. Apa-apa pun masa tu puncanya harga minyak pasaran dunia jatuh.

Harimau Malaya mengaum di Vietnam apabila berpesta gol menewaskan pasukan Vietnam 2-4 dengan agreget 4-5. Siapa sangka Malaysia yang sebe...



Harimau Malaya mengaum di Vietnam apabila berpesta gol menewaskan pasukan Vietnam 2-4 dengan agreget 4-5. Siapa sangka Malaysia yang sebelum ini telah tewas digelanggang sendiri kini menang ditempat lawan. Mungkin pasukan Vietnam terlalu over confident kerana telah mendahului 2 gol sebelum ini. Terima kasih kepada penyokong Malaysia yang tegar sanggup turun ke Stadium Hanoi bagi memberikan sokongan penuh walaupun hanya golongan minoriti. Harap penyokong Malaysia di Vietnam tidak di apa-apakan seperti mana kontroversi sebelum ini. Malaysia bakal menentang jirannya iaitu pasukan Thailand yang akan berlangsung 17 Dec 2014 di stadium Bangkok dan timbal balik 20 Dec 2014 di Bukit Jalil

Thailand telah layak ke pusingan akhir apabila berjaya menumbangkan pasukan Philippines 3-0. Kini Thailand menunggu pasukan lawannya yang...



Thailand telah layak ke pusingan akhir apabila berjaya menumbangkan pasukan Philippines 3-0. Kini Thailand menunggu pasukan lawannya yang bakal diketahui selepas perlawan timbal balik antara Vietnam dengan Malaysia.

Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Kontroversi penyokong Malaysia membelasah penyokong Vietnam telah menjadi berita hangat dan ...


Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Kontroversi penyokong Malaysia membelasah penyokong Vietnam telah menjadi berita hangat dan antara yang terlibat adalah dari kumpulan penyokong Inter Johor Firms (IJF) telah menyebabkan busuk pada seluruh penyokong Malaysia. "No One Like Us..We Don't Care" ayat yang membuktikan memang ramai orang yang tidak suka pada IJF ni. Jenis kumpulan yang tidak tahu mengawal emosi lalu menjadi samseng bertopeng bila pasukan yang disokong itu kalah .

Ini namanya otak letak kat lutut. Tiada semangat kesukanan langsung. Adat menonton bola di stadium pasti ada bunga api, baling botol, bu...


Ini namanya otak letak kat lutut. Tiada semangat kesukanan langsung. Adat menonton bola di stadium pasti ada bunga api, baling botol, buang sampah, kerusi rosak yang paling aku benci bergaduh. Kalau antara negeri mungkin dapat malu antara negeri. Ini antara dua negara beb...dah kalah tu dah lah. ini siap bertopeng bagai belasah penyokong Vietnam. Tidak mungkin disebabkan penyokong Vietnam provok Malaysia. dah tentu mereka tu golongan minoriti dalam Stadium.
Ape-ape pun selepas ini dah tak selamat dah penyokong Malaysia di Vietnam dalam pusingan kedua 11 DEC ini sebab penyokong Malaysia dah femes.

Dukacitanya pasukan Malaysia telah tewas di tangan pasukan Vietnam (1-2) di gelanggang sendiri. Kini Malaysia perlu menewaskan Vietnam se...



Dukacitanya pasukan Malaysia telah tewas di tangan pasukan Vietnam (1-2) di gelanggang sendiri. Kini Malaysia perlu menewaskan Vietnam sekurang-kurangnya (2-0) pada pusingan kedua ditempat lawan 11 Dec ini. Ia adalah satu cabaran yang sangat rumit bagi pasukan Malaysia untuk mara ke pusingan akhir.


Muncul lagi filem aksi super hero berkumpulan Avengers 2 yang bakal di tayangkan tahun depan April 2015. Gila awal kempen kasi panas kepa...



Muncul lagi filem aksi super hero berkumpulan Avengers 2 yang bakal di tayangkan tahun depan April 2015. Gila awal kempen kasi panas kepada peminat-peminat filem Marvel. Kali ini beberapa watak baru telah dimuatkan dalam filem ini seperti Quick Silver, Scarlet Witch, The Vision. Manakala supervillian yang bakal diperangi ialah Ultron dan Thanos. Dari trailer filem nampak gempak dan menarik dengan aksi hulk menentang iron man model besar. Apa-apa pun kita tunggu filem ini ditayangkan kelak. Bagi aku tiada masa untuk menontong wayang kerana kesibukkan dunia dan hanya mampu muat turun dari internet saja.

Gempak punya trailer mengalahkan siri filem sebelum ini. Malangnya mungkin ini adalah siri filem Fast and The Furious yang terkahir denga...



Gempak punya trailer mengalahkan siri filem sebelum ini. Malangnya mungkin ini adalah siri filem Fast and The Furious yang terkahir dengan lakonan Brian O'connor akibat maut dalam kemalangan. Diharapkan filem aksi ini adalah yang terbaik dari sebelumnya.


Lagi kes mengejutkan sebuah bot tempur TLDM CB204 telah hilang di perairan Sabah yang dipercayai disebabkan cuaca buruk. Kalau mahu diik...

Bot Tempur TLDM Hilang

Lagi kes mengejutkan sebuah bot tempur TLDM CB204 telah hilang di perairan Sabah yang dipercayai disebabkan cuaca buruk. Kalau mahu diikutkan ini adalah kes ke-2 dalam tahun ini yang melibatkan kerajaan Malaysia dalam melancarkan misi pencarian dan penyelamat (SAR). Kita semua tahu sebelum ini yang hilang adalah pesawat MAS MH370 yang masih belum ditemui hingga kini.

Kini bank-bank di Malaysia telah dikejutkan dengan anggaran lebih RM3 Juta telah dilarikan oleh penggodam mesin ATM. Dikatakan penjenaya...

Godam ATM

Kini bank-bank di Malaysia telah dikejutkan dengan anggaran lebih RM3 Juta telah dilarikan oleh penggodam mesin ATM. Dikatakan penjenayah merupakan bangsa asing dari Amerika Latin atau Timur Tengah. Tapi kalau difikiran orang dari mana yang ramai datang berkunjung ke Malaysia? Dari America Latin atau dari Timur Tengah?

Satu rakaman seorang lelaki cina yang dikatakan suspek mencuri sebuah telefon bimbit maut dibelasah. Dia dikatakan telah mencuri telefon...

lelaki cina maut

Satu rakaman seorang lelaki cina yang dikatakan suspek mencuri sebuah telefon bimbit maut dibelasah. Dia dikatakan telah mencuri telefon bimbit dari seorang pemandu lori yang ditumpangnya dalam perjalanan menghala ke Bukit Mentarjam.

Kini JPJ akan mengeluarkan peraturan cermin gelap yang baru bermula 1 November 2014. Bagi aku ia ada sedikit perubahan cermin gelap pa...

Cermin gelap JPJ

Kini JPJ akan mengeluarkan peraturan cermin gelap yang baru bermula 1 November 2014. Bagi aku ia ada sedikit perubahan cermin gelap pada bahagian penumpang. Yang lainnya masih sama. Kalau peraturang lama semua cermin 50% telus cahaya, manakala cermin hadapan 70%. Dan kini 30% kadar telus cahaya untuk sisi penumpang belakang dan bahagian belakang.

Seramai 96 remaja Melayu termasuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) ditahan pihak berkuasa ketika leka berhibur dalam sebuah part...

Pesta Seks

Seramai 96 remaja Melayu termasuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) ditahan pihak berkuasa ketika leka berhibur dalam sebuah parti liar di sebuah kondominium di Jalan Kasipillay,

Isk isk issskk,.. anak sapalah nie? pelajar IPT pulak tu.. Ilmu Pergi Terbarai (IPT). Ada nama N, Baby, Jully bila dah kena tangkap jadi nama Rogayah pulak di panggil polis. Sungguh lemah mereka ini dalam memelihara akhlak mereka sendiri. Kalau kat rumah tu mungkin masih dapat dikawal oleh orang tua mereka.  Mungkin rata-rata mereka ini mungkin yang berjauhan dengan ibu bapa dan dapat duduk menyewa rumah sendiri yang pasti akan berlaku satu gaya hidup yang baru. Bagai kambing dilepas dari kandang.

Kes mencuri wang dari mesin ATM sudah lama berlaku sejak dari zaman 90-an lagi. Pelbagai peringkat mesin ATM dinaik taraf bagi menghalan...

Mesin ATM Digodam

Kes mencuri wang dari mesin ATM sudah lama berlaku sejak dari zaman 90-an lagi. Pelbagai peringkat mesin ATM dinaik taraf bagi menghalang kes kecurian wang dari mesin ATM dari berlaku. Tidak mustahil jika sekeping kad ATM mampu diklon oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan sememangnya mereka ini pakar dalam selok-belok bagaimana operasi sesebuah mesin ATM itu berfungsi. Tetapi siapakah mereka ini yang mampu memanipulasikan mesin ATM untuk pengeluaran wang.?

Kerja Kosong Majlis Bandaraya Shah Alam MBSA bertanggungjawab memberikan perkhidmatan – perkhidmatan pembangunan perbandaran seperti p...


Kerja Kosong Majlis Bandaraya Shah Alam

MBSA bertanggungjawab memberikan perkhidmatan – perkhidmatan pembangunan perbandaran seperti perancangan, pembangunan, penyediaan kemudahan asas intrastruktur, pembersihan, kesihatan awam, tanah perkuburan, keindahan landskap, keceriaan bandar raya dan pelbagai lagi.

Seorang polis sepatutnya bijak mempelihara hal-hal peribadinya kerana mereka ini kalau sudah kena pegang habislah. Biasalah kalau tida...

Gambar Polis Wanita Separuh Bogel Tersebar

Seorang polis sepatutnya bijak mempelihara hal-hal peribadinya kerana mereka ini kalau sudah kena pegang habislah. Biasalah kalau tidak mahu ikut dan patuh kemungkinan akan di peras ugut. Zaman internet ni senang jer. Letaklah kat mana-mana media sosial seperti Facebook, Wassap, Wechat, Tweeter dan macam-macam lagi pastinya akan menjadi viral. 

Aku memang tak pernah beli jenama makan prepack yang pelik-pelik ni. Selalunya aku akan beli jenama Ayam Brand. Walaupun ia adalah ant...

sardin

Aku memang tak pernah beli jenama makan prepack yang pelik-pelik ni. Selalunya aku akan beli jenama Ayam Brand. Walaupun ia adalah antara yang termahal dari jenama Sardin underdog tetapi kebersihannya terjamin. Lagi aku akan teliti sebelum memasak dengan mengasingkan kuah dengan ketulan ikan tersebut. Takut-takut ada benda asing di dalamnya.
Korang tahu la banyak kes dah tentang makan dan minuman yang telah tercemar. Berhati-hatilah sebelum memasak. Pastikan makanan korang tu terjamin kebersihannya.

Seorang lelaki dikatakan telah teratuh ke dalam kandang harimau putih menyebabkan haiwan pemangsa itu tertarik lalu meluru kepada lelaki...

harimau putih baham

Seorang lelaki dikatakan telah teratuh ke dalam kandang harimau putih menyebabkan haiwan pemangsa itu tertarik lalu meluru kepada lelaki itu. Ini kerana besi penghadang terlalu rendah menyebabkan lelaki itu terjatuh. Macam mana boleh sampai terjatuh? Ini kandang harimau bukannya beruang Panda yang sepatutnya memerlukan keselamatan yang tinggi untuk pelawat zoo.

Umum semua tahu iphone 6 telah dilancarkan dan ramai sangat peminat merasa teruja dan ingin membelinya. Kesemua syarikat yang mengelua...


Umum semua tahu iphone 6 telah dilancarkan dan ramai sangat peminat merasa teruja dan ingin membelinya. Kesemua syarikat yang mengeluarkan telefon pintar masing-masing berlumba-lumba untuk menghasilkan telefon yang menarik kepada golongan pembeli. Dari awal rekaannya tebal dan besar kini menjadi semakin ringan dan nipis. Dan kesannya menjadi lemah pada struktur peranti tersebut. Berfikirlah dahulu sebelum membeli kerana ianya sangat mahal harganya di awal pengeluaran.

Sepatutnya sebelum tindakan seperti ini perlu ada budi bicara terlebih dahulu, perlu ada amaran larangan meniaga dari pihak DBKL. Ada car...



Sepatutnya sebelum tindakan seperti ini perlu ada budi bicara terlebih dahulu, perlu ada amaran larangan meniaga dari pihak DBKL. Ada cara yang lebih berhemah untuk mengambil tindakan dan bukannya serangan ala royal rumble seperti ini. Mungkin juga pihak DBKL sudah berkali-kali bagi amaran keras pada wanita ini? atau wanita ini pendatang asing yang tiada permit kerja untuk meniaga?
Tapi bagi aku nampak kasar juga DBKL ni.

Secara rasminya Azmin Ali kini menjadi Menteri Besar Selangor bermula hari ini 23-Sept-2014. Upacara mengangkat sumpah di hadapan Sulatan...



Secara rasminya Azmin Ali kini menjadi Menteri Besar Selangor bermula hari ini 23-Sept-2014. Upacara mengangkat sumpah di hadapan Sulatan Selangor yang diadakan di Istana Kayangan Shah Alam Selangor.

Kemelut perebutan kerusi panas MB Selangor akhir yang telah terjawab sebelum istiadat perlantikan rasmi di istana lagi sudah tahu siap...

Azmin Ali MB Selangor

Kemelut perebutan kerusi panas MB Selangor akhir yang telah terjawab sebelum istiadat perlantikan rasmi di istana lagi sudah tahu siapa orangnya. Akhirnya spekulasi ini sudah terjawab dan benarlah dari sumber aku sendiri orangnya dari PKR. Ini adalah kejutan yang besar kerana peluang bakal MB ini amat tipis sebelum ini.

Kejadian berlaku di sebuah hotel di jalan Raja Laut apabila seorang wanita yang telah kecewa selepas bertengkar dengan teman lelakinya...


Kejadian berlaku di sebuah hotel di jalan Raja Laut apabila seorang wanita yang telah kecewa selepas bertengkar dengan teman lelakinya lalu cuba membunuh diri untuk terjun dari hotel tersebut.
Ini kes putus cintalah nie..sedap2 syok dalam bilik berdua-duaan kemudian mahu bunuh diri. Mungkin sang lelaki jenis playboy enggan berkahwin dengan wanita tersebut setelah puas. Sang wanita yang malang mahu ajak berkahwin malang telah ditolak...hanya anggapan aku sahaja kerana ia adalah satu masalah yang besar. Masalah apakah itu tiada siapa yang tahu apa yang wanita ini hadapi tapi mampu memberi tekanan emosi hingga sanggup untuk membunuh diri.

Berita yang sangat mengejutkan apabila MB Selangor yang baru akan mengangkat sumpah minggu depan tanpa ada nama-nama calon yang naik dar...

Menteri Besar Selangor

Berita yang sangat mengejutkan apabila MB Selangor yang baru akan mengangkat sumpah minggu depan tanpa ada nama-nama calon yang naik dari parti memerintah. Buat masa ini tiada yang tahu siapakah orangnya. Mungkin ia adalah pilihan Sulatan Selangor sendiri melatik MB yang baru bagi menghentikan kemelut perubatan kuasa kerusi MB Selangor. Mungkin Sultan telah meminta pendapat dari Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menggantinya. Mungkin orang yang bertuah ini telah dipilih kerana krediabilitinya setanding dengan TSKI. Apa-apa pun tiada siapa yang tahu siapakah calonnya. Dari sumber aku sendiri bakal MB adalah dari PKR. Betul atau tidak kita tunggu minggu depan.

Satu jumlah wang yang besar ditawarkan bagi kes yang berprofile tinggi. Sanggup menawarkan hampir 100juta ringgit demi mencari siapakah ...

MH17

Satu jumlah wang yang besar ditawarkan bagi kes yang berprofile tinggi. Sanggup menawarkan hampir 100juta ringgit demi mencari siapakah dalang disebalik tragedi M17. Manusia seluruh dunia telah disuntik dengan tawaran sangat tinggi bagi memberikan maklumat dan bukti yang tepat untuk menangkap orang yang bertanggungjawab terhadap nahas tersebut. Lepas nie ramai la orang akan menjadi penyiasat nak dapatkan wang tawaran ini. Apa taknya juta-juta tu bukanya puluh ribu mahupun ratus ribu. Kalaulah detektif Conan atau  Young Kindaichi atau Sherlock Holmes tu wujud sudah tentu mereka ini yang akan mendapat habuan tawaran tersebut.

SUPER FALCON MARK II itulah model nama kapal yang telah diberikan. Jangan korang salah tafsir pulak dengan nama FALCON tu. Ini bukannya ...


SUPER FALCON MARK II itulah model nama kapal yang telah diberikan. Jangan korang salah tafsir pulak dengan nama FALCON tu. Ini bukannya kapal terbang mahupun kapal angkasa X-wing seperti filem Star Wars. Ini ialah kapal selam kompak peribadi bagi mereka yang kaya raya. Harga berjuta-juta untuk sebuah bukanlah kemampuan untuk rakyat marhean seperti aku ini. Menariknya kapal selam terbaru ini agak simple dengan rekaan yang moden. Memang tersangat Ohsem!!

Manga One Piece ciptaan Eiichiro Oda merupakan manga yang paling popula r bukan sahaja di Jepun malah di seluruh dunia. Mula dihasilk...


Manga One Piece ciptaan Eiichiro Oda merupakan manga yang paling popular bukan sahaja di Jepun malah di seluruh dunia. Mula dihasilkan pada tahun 1997 dan kini sudah 17 tahun bertahan dalam dunia manga dan anime. Apa yang membuatkan cerita One Piece ini menarik dan lain daripada manga yang lain adalah kerana plot yang unik dan tersusun, jalan cerita yang misteri dan tidak cliche serta karakter yang berwarna-warni. Malah sebuah babak atau dialog yang kecil pada suatu chapter boleh menjadi petunjuk dan bayangan kepada sesuatu yang penting dan besar pada beratus2 chapter kemudiannya.

Hari ini Sultan Selangor telah menghantar surat kepada Wan Azizah untuk menyampaikan kehendaknya dalam memilih bakal MB Selangor. Bagin...


Hari ini Sultan Selangor telah menghantar surat kepada Wan Azizah untuk menyampaikan kehendaknya dalam memilih bakal MB Selangor. Baginda mahukan 3 calon dikemukan sebelum atau 3 September 2014. Ini bermakna baginda memberikan tekanan untuk tempoh seminggu bagi PKR, PAS dan DAP secara kelam kabut memilih 3 calon untuk dipersembahkan kepada baginda kelak.

Kalau sebelum ini di Piala Dunia 2014 Brazil kena titik dengan German dengan teruk, kali ini pula MU bernasib malang seperti Brazil kena...


Kalau sebelum ini di Piala Dunia 2014 Brazil kena titik dengan German dengan teruk, kali ini pula MU bernasib malang seperti Brazil kena titik dengan pasukan underdog MK Dons dengan 4 jaringan gol. Kesian MU, mana ntah lagu glory..glory..glory nyer tuh? Lama dah aku tak dengar.

Baru-baru ini dikejutkan kontroversi dua pasangan melakukan photoshoot di bandarya Ipoh telah dihadapkan kemakamah akibat tidak mengho...


Baru-baru ini dikejutkan kontroversi dua pasangan melakukan photoshoot di bandarya Ipoh telah dihadapkan kemakamah akibat tidak menghormati masyarakat sekeliling. Mereka berdua ini kalau nak berphotoshoot dalam keadaan bogel terkangkang tertonggek sekali pun buatlah di tempat yang tertutup bukannya tempat yang terbuka yang boleh menyebabkan orang di sekeliling hidung berdarah tak tentu pasal.

Sebuah pesawat penerbangan domestik ATR60 milik Malindo Air telah terkandas penerbangannya selama 6 jam selepas menerima laporan dari ...


Sebuah pesawat penerbangan domestik ATR60 milik Malindo Air telah terkandas penerbangannya selama 6 jam selepas menerima laporan dari anak kapal tersebut. Pesawat tersebut mahu memulakan perjalanan dari Subang ke Pulau Pinang telah dihalang oleh pasukan keselamat bagi mengenal pasti bom yang di maksudkan.

Hari ini dalam sejarah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim secara gentlemannya memohon daripada Sultan Selangor untuk ...


Hari ini dalam sejarah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim secara gentlemannya memohon daripada Sultan Selangor untuk berundur dari jawatan Menteri Besar demi menghentikan kemelut perebutan kuasa ini. Walau bagaimana pun Sultan meminta TSKI supaya  bertahan memegang jawatan MB Selangor sementara menunggu peganti baru. Sultan Selangor juga telah mengeluarkan kenyataan akhbar untuk PR mengemukakan dari 1 calon kepada 3.

Adakah korang mahu menjana pendapatan secara sepenuh atau separuh masa? Adakah korang tertekan dengan perbelanjaan kehidupan korang? M...


Adakah korang mahu menjana pendapatan secara sepenuh atau separuh masa? Adakah korang tertekan dengan perbelanjaan kehidupan korang? Masih tercari-cari bagaimana mahu mecari wang lebih? Korang ada kereta dan boleh memandu secara hemah? Boleh bertutur dalam bahasa omputih dan pandai menggunakan applikasi pintar dengan Smartphone? Tahu selok belok jalan di Malaysia ni? Celik IT dan mempunyai modal sedikit? Sihat tubuh badan?

Bermula dari khabar angin kini Proton Compact Car (PCC) telah muncul P2-30A membawa nama model "Iriz". Menurut laporan , Proto...


Bermula dari khabar angin kini Proton Compact Car (PCC) telah muncul P2-30A membawa nama model "Iriz". Menurut laporan , Proton memberi tumpuan kepada dua bidang utama apabila membangunkan PCC - keselamatan peringkat tertinggi dan kecekapan bahan api, pada harga yang berpatutan. Tawaran Harga RM40,000 – RM60,000 Untuk Rakyat Malaysia yang semestinya mampu berhutang.

Kejadian dikatakan berlaku di bandaraya Ipoh Perak, apabila mereka berdua mungkin baru berkahwin telah bertekad untuk mengadakan sesi ...


Kejadian dikatakan berlaku di bandaraya Ipoh Perak, apabila mereka berdua mungkin baru berkahwin telah bertekad untuk mengadakan sesi photoshoot. Wanita itu berjalan bersama pasangannya seperti bersiar-siar dikawasan bandaraya Ipoh tanpa mengenakan baju dan seluar.

Kejadia berlaku petang tadi (24 Ogos 2014) ketika hujan turun dengan lebatnya sejak jam 3 petang. Lokasi kejadian berlaku berhampira...


Kejadia berlaku petang tadi (24 Ogos 2014) ketika hujan turun dengan lebatnya sejak jam 3 petang.
Lokasi kejadian berlaku berhampiran dengan Leisure Mall Cheras di mana kawasan itu sibuk dengan pembangunan projek MRT. Banjir berlaku di percayai saluran air tersumbat menyebabkan banyak kereta telah dimasuki air.

Sebuah video klip nyanyian asal Bob Yusof terbitan Jabatan Penerangan Malaysia. Lagu ini merupakan lagu tema Hari Kebangsaan untuk tahun...


Sebuah video klip nyanyian asal Bob Yusof terbitan Jabatan Penerangan Malaysia. Lagu ini merupakan lagu tema Hari Kebangsaan untuk tahun ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak dalam menjayakan video klip ini. Video di rakam di sekitar Putrajaya dan Kuala Lumpur. Selamat Hari Merdeka....

Ia seperti kerusi yang ghaib, tetapi secara ajaib muncul bila-bila masa anda memerlukannya. Ia dipanggil Chairless Chair dan anda memaka...


Ia seperti kerusi yang ghaib, tetapi secara ajaib muncul bila-bila masa anda memerlukannya. Ia dipanggil Chairless Chair dan anda memakainya di kaki anda seperti tulang luar. Apabila ia tidak diaktifkan, anda boleh berjalan seperti biasa. Dan kemudian, pada sentuhan butang, ia mengunci di tempatnya dan anda boleh duduk di atasnya seperti ada kerusi.

BMW M4 adalah versi berprestasi tinggi daripada kereta siri 4 yang dibangunkan oleh bahagian sukan permotoran BMW, BMW M GmbH. Sebahagia...


BMW M4 adalah versi berprestasi tinggi daripada kereta siri 4 yang dibangunkan oleh bahagian sukan permotoran BMW, BMW M GmbH. Sebahagian daripada Penomboran semula yang menukarkan BMW coupe siri 3 kepada Siri 4 (untuk terus membezakan dengan siri 3 sedan), M4 menggantikan M3 Coupe dan M3 model ditukar. M4 dinaik taraf lebih standard termasuk enjin lebih berkuasa dan responsif, pengendalian yang lebih baik, penggantungan, dan sistem brek, peningkatan rekabentuk aerodinamik, dalaman / luaran aksen dengan tri-warna "M" (Motorsport) badging.

Aku tak tahu nak kata ape lagi dah. Semakin lama perasaan malu pada perempuan semakin lama semakin hilang rasa malunya. Tanpa segan sila...


Aku tak tahu nak kata ape lagi dah. Semakin lama perasaan malu pada perempuan semakin lama semakin hilang rasa malunya. Tanpa segan sila sanggup ber"selfie" memaparkan keadaan tubuh mereka sendiri di internet. Kalau mereka yang bertudung pun sama tidak terkecuali sanggup mereka Jilboobs (bertudung tapi tersembul) dan Jillag ( bertudung tapi berseluar legging ketat). Pendirian keinginan masing-masing, kalau itu yang mereka suka nak buat macam mana.

Aku nampak gambar dokumen ini dari pagi tadi di FB juga di laman-laman blog politik. Disebabkan kesibukan dengan kerja di siang hari, ...


Aku nampak gambar dokumen ini dari pagi tadi di FB juga di laman-laman blog politik. Disebabkan kesibukan dengan kerja di siang hari, aku hanya membaca secara kasar dan jelas amat mudah di simpulkan.
Sebelum korang terkejut beruk, melatah, memaki hamun selepas membaca dokumen ni ada baiknya korang selidik dahulu sumbernya. 

Lagi drama siri superhero dari DC. Nampak gaya kos kesan khas semakin murah hingga mampu menghasilkan drama siri superhero yang diminat...



Lagi drama siri superhero dari DC. Nampak gaya kos kesan khas semakin murah hingga mampu menghasilkan drama siri superhero yang diminati ramai. Evolusi mungkin bermula dari  drama siri Smallville untuk watak superman dan kemudian muncul pula drama siri Arrow untuk watak hero Green Arrow. Kemudian muncul lagi drama siri bertajuk Gotham mengisahkan prequel Batman iaitu kisah Bruce Wayne sebelum menjadi Batman. Dan terbaru pula The Flash the fastest one.

Hmmm..lepas ini mungkin drama siri Green Lantern atau Wonder Women. Kalau Marvel mampu menghasilkan team The Avengers, DC bila lagi mampu menghasilkan filem Justice League? 

Sudah lama aku tidak update web ni terlalu sibuk dengan urusan luar negara sehingga mendapat khabar berita yang tidak menyenang aku deng...



Sudah lama aku tidak update web ni terlalu sibuk dengan urusan luar negara sehingga mendapat khabar berita yang tidak menyenang aku dengan kemelut perebutan kuasa kerusi MB selangor. Lagi la aku tidak puas hati kerana PAS bersetuju mencalonkan 2 pilihan samada Azmin Ali atau Wan Azizah untuk di lantik sebagai MB Selangor dan mereka ini bagi aku tidak sesuai untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.


Kerja Kosong terbaru di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) . Permohonan adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan ...


Kerja Kosong terbaru di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) . Permohonan adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan memohon untuk jawatan-jawatan di kekosongan seperti berikut