>

RTM TV1 atau Radio Televisyen Malaysia 1 atau RTM1 pada 3 April 2006 merupakan stesen televisyen di Malaysia yang dimiliki oleh ker...

RTM TV1







RTM TV1 atau Radio Televisyen Malaysia 1 atau RTM1 pada 3 April 2006 merupakan stesen televisyen di Malaysia yang dimiliki oleh kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Penerangan, dan dioperasikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM). TV1 dilancarkan pada 28 Disember 1963. TV1 menawarkan program pendidikan, informasi tempatan, buletin berita, dan rancangan hiburan sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Ia merupakan saluran televisyen yang pertama dan tertua di Malaysia.