>

TV AlHijrah merupakan saluran televisyen digital Islam pertama di Malaysia. Ia b...

TV ALHIJRAH









TV AlHijrah merupakan saluran televisyen digital Islam pertama di Malaysia. Ia beroperasi dari Pusat Islam di Kuala Lumpur. Ia dimiliki oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Sebelum ini Jakim memiliki radio hal ehwal Islam Salam FM. [1] Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Bukhari Che Muda iaitu bekas Ketua Pegawai Operasi TV9 milik media prima.