Al Jazeera (bahasa Arab: الجزيرة), yang bermaksud "Semenanjung" dalam bahasa Arab, adalah saluran berita dan ehwal semasa 24 jam bahasa Arab yang beribu pejabat di Doha, Qatar. Ia kini merupakan antara rangkaian media terbesar Arab di bawah syarikat induk Al Jazeera Satellite Network pemiliki dan pengendali beberapa saluran dedikasi lain seperti Al Jazeera English.
Al Jazeera mendapat perhatian dunia selepas peristiwa serangan 11 September 2001 di New York, Amerika Syarikat apabila ia menayangkan rakaman siaran para pemimpin Al Qaeda seperti Osama bin Laden. Sejak daripada itu, ia banyak menimbulkan perasaan prasangka terutama sekali dikalangan ahli dan para pemimpin politik Amerika Syarikat seperti Donald Rumsfeld. Saluran berkenaan juga banyak menimbulkan kontroversi dikalangan pemimpin dan kerajaan Arab dengan laporan warta berita yang berani dan mencabar.