Seorang wanita melihat periginya sudah terlalu kering kerana sudah lama tidak digali dan ianya perlu digali bagi mengeluarkan air. Nam...

Isteri Orang Bergaun Hitam Dicekup Bersama Abang Tentera


Seorang wanita melihat periginya sudah terlalu kering kerana sudah lama tidak digali dan ianya perlu digali bagi mengeluarkan air. Namun tukang galinya yang mempunyai permit sah menggali telah lama menghilang diri dari kerjanya. Maka wanita tersebut cuba mendapatkan penggali yang baru tanpa permit yang sah kerana takut periginya akan menjadi perigi buta. Maka penggalian perigi yang tidak sah telah dibuat. Malangnya perbuatan penggalian tanpa permit secara telah diketahui orang lain.

P: "u makan barbie kan?"
L: "yer..barbie, katak, ular, siput semua i makan. i ganas u tgk tatoo i ni."
P: "wow i like! tp jangan kiss mulut i tau..harommmmmmm..haroooooomm!!!"
L: "yg bawah tu takpe ker?"
P: "bawah takpe tak masuk ikut mulut. masuk ikut mulut harooooomm!!"


Quote:
Jitra: Seorang wanita yang masih berstatus isteri orang dicekup berkhalwat dengan pasangannya yang juga seorang tentera bukan Islam berusia 22 tahun di sebuah bilik sewa di sebuah rumah kedai di Taman Mahsuri, di sini, awal pagi semalam.

Wanita berusia 32 tahun dari daerah ini mempunyai dua anak berusia lima dan tujuh tahun itu mendakwa digantung tak bertali suaminya sejak beberapa tahun lalu.

Difahamkan, dia dikatakan berkenalan dengan anggota tentera terbabit sejak setahun lalu selepas diperkenalkan rakan sebelum menjalinkan hubungan sulit.

Anggota tentera terbabit yang kini bertugas di kem di Kelantan datang ke negeri itu untuk menghabiskan cuti sempena Tahun Baru Cina dengan wanita itu.

Bagaimanapun, tindakan mereka melepaskan rindu dengan menyewa bilik di kawasan itu mengundang padah apabila dicekup berkhalwat pada jam 2.45 pagi pasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP).


Sumber dari: Metro

Aku tengok dah macam gelagat cikgu tangkap anak murid ponteng sekolah. Buat malu kaum jer. Antara sektor awam dengan sektor swata, yang ...

Penjawat Awam Kantoi Mengular


Aku tengok dah macam gelagat cikgu tangkap anak murid ponteng sekolah. Buat malu kaum jer. Antara sektor awam dengan sektor swata, yang mana paling teruk dengan masalah mengular? Bagi aku sendiri yang bekerja di sektor swata pernah beberapa kali mengular tapi tiadalah sampai berjam mahu melepak di kedai kopi mahu pun membeli belah.

Bagi sektor kerjaan pula fenomena masalah mengular sudah menjadi kebiasaan aku tengok. Lebih-lebih lagi di kawasan-kawasan bandar yang di kelilingi bangunan-bangunan pusat membeli belah. Aku sendiri pernah melihat ramai penjawat awam melepak dan berlegar-legar di Alamanda. Kalau nak mengular pun agak-agak la siap pakai kad penjawat awam atau tanda nama. Dah terang-terang mereka ini penjawat awam sedang mengamalkan aktiviti mengular.

Lebih 1.25 juta penjawat awam diseluruh negara. Agak-agak koranglah berapa banyak wang rakyat terpaksa menangung gaji-gaji penjawat awam ini. Sektor awam hanya meraih pendapat dari rakyat kebanyakkan dari kutipan cukai dan saman. Berbeza pula dengan sektor swasta terpaksa menyediakan perkhidmatan atau penghasilan produk.

Pendek kata sektor awam dibentuk bagi memberi kepentingan kaum Melayu. korang tengok sendiri ada ramai tak kaum cina atau india bekerja dengan kerajaan?Kalau ramai pun ada mereka mengular? Orang Cina lebih suka mengusai bidang perniagaan di dalam sektor swasta daripada makan gaji. Manakala orang melayu kebanyakkannya suka makan gaji bergantung dengan kerajaan.








Quote:
SIKAP segelintir kakitangan awam curi tulang waktu bekerja ibarat kudis lama yang masih tidak pulih dalam sektor perkhidmatan awam.

Melihat kelibat mereka menghisap rokok selepas sarapan, walaupun jam menunjukkan 10.30 pagi di gerai-gerai bukanlah perkara asing.

Malah ada yang sanggup ke luar kawasan, semata-mata mahu menikmati makanan kegemaran mereka tanpa menghiraukan waktu bekerja.

Ada juga yang mengambil kesempatan berniaga dalam pejabat, melakukan urusan peribadi, urusan ke bank, mengambil dan menghantar anak ke sekolah dan pelbagai lagi kegiatan yang sinonim dengan budaya kerja segelintir penjawat awam.

Ini belum dikira dengan kedatangan lewat tetapi menuntut kerja lebih masa apabila pulang lambat.

Baru-baru ini juga, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi turut menegur penjawat awam di Selangor yang culas dan gagal memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Namun, kebanyakan mereka terus berasa selesa dengan pelbagai imbuhan tetapi mutu kerja yang diberi tidak setimpal.

Disebabkan segelintir perangai jelik penjawat awam ini, masyarakat terus memandang serong terhadap sektor awam walaupun yang melakukan perkara itu bukanlah semua.

Ikuti kupasan Sinar Harian dalam isu membabitkan segelintir kakitangan awam yang dilihat seolah-olah makan gaji buta dan tidak komited dalam menjalankan tanggungjawab hakiki mereka.
Sumber dari: Sinar


Manakala Cuepacs pula asyik menyebelahi penjawat awam, alasannya gaji tidak cukup.

Quote:
TEKANAN perasaan akibat menerima gaji tidak setimpal menjadi salah satu punca kakitangan awam culas dan penyampaian tidak berkesan.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda berkata, perkara itu kerap terjadi di kalangan kakitangan awam berpangkat rendah.

“Kos sara hidup semakin meningkat, tangga kenaikan gaji pula sepatutnya disemak setiap tiga tahun. Tetapi apa yang berlaku kini, semakan kenaikan gaji setiap sepuluh tahun pun tidak dibuat. Jika gaji mereka rendah, mereka akan mengalami tekanan perasan hingga tiada semangat mahu bekerja dengan komited.

“Kadang-kala mereka terpaksa bekerja lebih masa dan dan ada yang bekerja secara sambilan atau membuat kerja lain untuk menambah pendapatan, jadi kualiti di tempat kerja sendiri merosot,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, kadar kakitangan awam yang bersikap negatif seperti itu tidak terlalu ramai dan hanya dengan jumlah yang minimum.

“Kira-kira 3,000 sahaja dalam data yang Cuepacs ada atau 0.001 peratus yang menyumbang kepada masalah itu, berbanding jumlah kakitangan awam secara keseluruhan berjumlah 1.25 juta di seluruh Malaysia,” katanya.

Katanya, sebagai kakitangan awam, sukar untuk sesebuah institusi kerajaan itu membuang atau memberhentikan kakitangannya sewenang-wenangnya.

“Jika ada yang culas pun, agak sukar untuk kita kenal pasti dan jika berkaitan dengan kakitangan yang selalu berhubung atau berdepan dengan orang awam, agak terkesanlah kerana sukar untuk berurusan pula nanti.

“Untuk itu, dasar tersebut akan dikaji semula oleh kerajaan dan bagaimana untuk menentukan sesuatu hukuman jika berdepan dengan kakitangan awam bermasalah ini.

“Mungkin jika mereka bersara lebih awal boleh jadi salah satu cara untuk tangani masalah, tetapi memang agak sukar. Namun tidak perlu dirisaukan sangat kerana bilangan yang bermasalah memang sangat kecil,” katanya.
Sumber dari: Sinar