Terdengar 2 orang juruterbang bergaduh mulut di dalam kokpit pesawat. Mungkin masalah peribadi di antara mereka berdua atau mereka ini...

Pilot Malindo Air Bertengkar Penumpang Meninggalkan Pesawat


Terdengar 2 orang juruterbang bergaduh mulut di dalam kokpit pesawat. Mungkin masalah peribadi di antara mereka berdua atau mereka ini umpama anjing dengan kucing. Mahu tak kecut perut kalau situasi ini berlaku dengan aku sendiri. Sebabnya mentaliti aku kurang yakin dengan pengankutan udara disebabkan sudah banyak kemalangan yang berlaku. 

Malaysia sendiri sudah dikejutkan 3 tragedi nahas dalam jangka masa tidak sampai setahun. Dan terbaru pula penerbangan domestik di Taiwan. 

Kalau kejadian seperti ini berlaku, aku nasihatkan korang keluar sahaja dari pesawat. Petingkan nyawa dahulu dari penerbangan. Lagi ramai yang keluar lagi bagus biar semua orang tahu penerbangan itu ada masalah.



Quote:
GEORGE TOWN: Tujuh penumpang pesawat Malindo Air enggan menaiki pesawat berkenaan selepas mereka terdengar pertengkaran yang serius daripada kokpit beberapa minit sebelum pesawat itu berlepas. 

Bagaimanapun, pesawat tersebut selamat mendarat selepas mengalami kelewatan selama 50 minit, apabila tujuh penumpang mengambil keputusan enggan meneruskan perjalanan dengan pesawat tersebut. 

Pesawat tersebut dijadual berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada pukul 9.40 malam dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) pada pukul 10.40 malam Khamis dengan hanya membawa 59 orang penumpang. 

Posting Facebook mengenai insiden itu dimuat naik oleh rakan salah seorang penumpang dan ia menjadi viral di Internet. 

Seorang ahli perniagaan berusia 39 tahun, yang mahu dikenali sebagai Kee, turut memuat naik gambar pesawat ketika kejadian. 
Ketika dihubungi, Kee berkata dia sering menaiki pesawat syarikat berkenaan pada setiap minggu untuk ke Pulau Pinang atas urusan kerja. 

"Semua penumpang dalam pesawat, dapat mendengar suara orang menjerit daripada kokpit. 

"Terang-terangan kapten dan pembantu juruterbang sedang bergaduh besar. Jeritan mereka sangat kuat hingga menyebabkan semua penumpang terkejut. Kemudiannya pramugari dilihat keluar daripada kokpit dengan linangan air mata," katanya. 

Dia berkata seorang penumpang warga asing merupakan individu pertama yang berdiri dan meminta kebenaran untuk turun daripada pesawat. 

"Beberapa minit selepas itu, saya bertanya kepada pramugari apa sebenarnya yang berlaku. Atas faktor keselamatan,  saya bersama-sama dengan 20 penumpang lain turut membuat keputusan untuk meninggalkan pesawat. 
"Kami kemudiannya pergi ke bangunan utama dan beberapa ketika selepas itu juruterbang datang dan memohon maaf daripada kami. Dia turut memujuk kami agar kembali menaiki pesawat," katanya. 

Walaupun ramai yang membuat keputusan untuk menaiki pesawat tersebut, Kee berkata dia bersama dengan enam penumpang lain tetap enggan menaiki pesawat kerana bimbang masalah emosi yang dihadapi oleh kapten dan pembantu juruterbang tersebut. 

"Saya sangat takut selepas menyaksikan situasi tersebut, saya merasakan mereka tidak layak untuk menerbangkan pesawat dalam keadaan tertekan, dan anak kapal juga tidak dapat memastikan keselamatan penumpang," katanya. 
Sementara itu, Pengarah Bahagian Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat Malindo Air, Raja Sa'adi Raja Amrin berkata syarikat penerbangan itu mengambil tanggungjawab penuh terhadap tindakan pekerjanya termasuk anak kapal pesawat berkenaan.  

Beliau turut memohon maaf kepada penumpang atas salah faham dan kelewatan yang berlaku. 

"Kami merasakan satu penjelasan perlu dibuat terlebih dahulu. Syarikat penerbangan kami mengambil tanggungjawab penuh ke atas semua pekerja termasuk anak kapal. Malangnya, rakan penumpang yang berkongsi cerita mengenai insiden yang berlaku mungkin telah salah tafsir situasi yang berlaku. 

"Daripada rakaman suara kokpit dan pemahaman kami, kapten sedang mengarahkan juruterbang pelatih dengan satu arahan yang tegas kerana juruterbang dan pembantu juruterbang sedang bersiap sedia untuk berlepas. 
"Bagaimanapun, selepas mendengar arahan yang kuat daripada kokpit, salah seorang penumpang membuat keputusan untuk turun daripada pesawat atas sebab-sebab yang tidak diketahui," katanya. 

"Seramai 18 penumpang lain turut mengambil keputusan yang serupa sementara penumpang lain membuat keputusan untuk meneruskan perjalanan mereka dengan pesawat tersebut. 

"Kedua-dua kapten dan pembantu juruterbang mengikut prosedur standard dengan memberi penjelasan mengenai apa yang berlaku kepada penumpang. Juruterbang turut memohon maaf kepada penumpang atas kesulitan yang berlaku dan salah faham yang timbul. 

"Insiden tersebut menyebabkan pesawat berkenaan mengalami kelewatan selama 50 minit, dan pesawat hanya berlepas pada pukul 10.30 malam dengan hanya beberapa orang penumpang yang mengambil keputusan untuk mengambil alternatif lain. 
Beliau menambah, keselamatan dan keselesaan penumpang merupakan keutamaan utama syarikat penerbangan tersebut dan mereka juga mengekalkan operasi perkhidmatan di peringkat tertinggi.
Sumber dari: mstar

Hangus semuanya sudah boleh dikira total lost. Dari sumber berita mengatakan kereta Ferari ini bernilai lebih RM 1 Juta dan dimiliki ole...

Ferrari Modena Milik Ahli Politik Terbakar Di Bangsar


Hangus semuanya sudah boleh dikira total lost. Dari sumber berita mengatakan kereta Ferari ini bernilai lebih RM 1 Juta dan dimiliki oleh seorang ahli politik. Berapa gaji seorang ahli politik sebenarnya? hingga mampu memiliki sebuah kereta yang sangat mahal. JPJ bolehlah ambil tindakan selepas ini kerana no plat tidak mengikut specifikasi. Jangan double standart yer...

Keadaan kereta selepas api berjaya dipadamlan


Quote:
KUALA LUMPUR – Sebuah kereta mewah jenis Ferrari Modena bernilai lebih RM1 juta dipercayai milik seorang ahli politik musnah terbakar dalam satu kejadian di hadapan Balai Polis Jalan Travers, Bangsar di sini petang semalam.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, kereta tersebut dipandu oleh salah seorang pekerja kepada ahli politik berkenaan untuk dibawa ke pusat pameran dan jualan kenderaan di pusat bandar.

Bagaimanapun tujuan kereta tersebut dihantar ke pusat pameran dan jualan kenderaan tidak diketahui.

Kejadian dipercayai berpunca daripada enjin kereta itu yang tiba-tiba mengeluarkan asap sebelum terbakar.

Pemandunya sempat menyelamatkan diri dengan memberhentikan kereta tersebut sebelum keluar menyelamatkan diri.

Sumber dari: Kosmo

Permohonan Rumah PPA1M 2015 Di Kuala Lumpur Telah dibuka Berita baik bagi Penjawat Awam, Permohonan bagi Perumahan Penjawat Awam 1 Mala...

Rumah PPA1M Dari RM150K 1000kps

Permohonan Rumah PPA1M 2015 Di Kuala Lumpur Telah dibuka

Berita baik bagi Penjawat Awam, Permohonan bagi Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) telah dibuka dan permohonan dijangka akan ditutup pada 28 Februari 2015. Projek ini dikelolakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan..

Sebelum ini, PPA1M telah dibuka di bawah Perbadanan Putrajaya yang telah ditutup pada 18 Mei 2013. Sehingga kini, 4 siri undian telah dijalankan..

Projek perumahan yang dibuka ini akan dibina di Bukit Jalil yang berdekatan dengan Sekolah bukit Jalil Dan Pejabat Astro.. Terdapat 1536 Unit yang akan ditawarkan berdasarkan undian yang akan dijalankan nanti.. Projek ini dijangka sia pada Jun 2019.

Harga Rumah PPA1M



Jenis Rekabentuk

Terdapat 3 Jenis rekabentuk yang akan dibina berdasarkan keluasan rumah.

Untuk makluman Lanjut, Boleh layari portal PPA1M Kementerian Wilayah..Difahamkan pelaksanaan projek PPA1M di Kuala Lumpur ini akan terus diperluaskan secara berperingkat.

 Borang permohonan boleh dilakukan secara manual dimana pemohon perlu muatnaik borang permohonan dan perlu dihantar kepada:

Unit RUMAWIP dan PPA1M,
Kementerian Wilayah Persekutuan,
Aras 5, Blok 2, Menara Seri Wilayah,
62100 Putrajaya

Brosur juga disediakan dan Maklumat Projek boleh didapati. Jika ingin berhubung dengan pegawai untuk maklumat lanjut mengenai PPA1M ini boleh hubungi:

Cik Nurul Syahirah Binti Abu Bakar
Telefon: 03-88897805
Emel: ppa1m@kwp.gov.my

Volkswagen tu dijadikan teksi. Kalau di Malaysia punyalah diidamkan. Belum sempat tragedi AirAsia menutup buku muncul lagi tragedi pesaw...

Pesawat TransAsia ATR 72-600 Melibas Teksi Sebelum Terhempas


Volkswagen tu dijadikan teksi. Kalau di Malaysia punyalah diidamkan. Belum sempat tragedi AirAsia menutup buku muncul lagi tragedi pesawat terhempas dan kali ini berlaku di Taiwan. Apakah kualiti syarikat-syarikat pengendalian atau penyelenggaraan penerbangan semakin teruk? Kejadian ini adalah kali kedua yang melibatkan pesawat TransAsia yang dilaporkan terhempas dalam jangka masa setahun. Pada Julai 2014, pesawat TransAsia dilaporkan terhempas di Taiwan dan seramai 48 nyawa penumpang terkorban dalam nahas itu.

Setakat ini, 10 penumpang pesawat berkenaan berjaya diselamatkan dan pasukan penyelamat sedang berusaha menyelamatkan puluhan penumpang yang terperangkap.15 penumpang pula dilaporkan terkorban, 13 penumpang pula didapati cedera.31 penumpang dilaporkan adalah pelancong dari tanah besar negara China.


Quote:
TAIWAN - Seorang pemandu teksi terselamat selepas kenderaannya terkena kepak pesawat TransAsia yang terhempas ke sungai, pagi tadi.

Menerusi sebuah rakaman video, pesawat berkenaan dilihat melanggar teksi tersebut sebelum terhempas ke dalam sungai.

Beberapa keping gambar yang menunjukkan kerosakan pada teksi tersebut telah dimuatnaik ke laman mikro Twitter.

Pesawat TransAsia ATR 72-600 berkenaan dalam penerbangan domestik dari lapangan terbang Songshan, ke Pulau Kinmen sebelum ia melanggar jambatan dan terjunam ke dalam sungai.
Sumber dari: Sinar













  Baru beberapa hari aku di luar negara mendapat khabar berita yang menyayat hati. Sebelum itu, Takziah kepada keluarga mangsa atas peme...

Pelajar UiTM Mati Dikelar Kekasih Gila

 

Baru beberapa hari aku di luar negara mendapat khabar berita yang menyayat hati. Sebelum itu, Takziah kepada keluarga mangsa atas pemergian Nursyuhada Johari, 20 pelajar UiTM Pulau Pinang. Hati orang tua mana yang tidak sedih mengharapkan anaknya berjaya di menara gading berakhir dengan sedemikian rupa. 

Mungkin percintaan mereka berdua mengalami masalah akibat teman lelaki ada masalah mental. Kita pun tak tahu masalah mental tu disebabkan apa? Kalau bukan mental sudah tentu lelaki tersebut mungkin akan terus melarikan diri dan bukanya berpatah balik. Maklumlah sekarang ini ramai orang yang kantoi ujian air kencing. Zaman sekarang banyak kes orang dah terlebih "dose" memberi kesan halusinasi dan akan hilang pertimabangan akal. Ketagih bahan terlarang sudah pasti amat sukar untuk diatasi

So nasihat aku kepada perempuan yang sudah berpasangan dan hangat bercinta sila selidik teman lelaki anda sendiri. Semoga anda semua mendapat pasangan yang waras hendaknya.



Quote:
IPOH 2 Feb. - Seorang pelajar perempuan institusi pengajian tinggi awam di Pulau Pinang maut akibat dikelar teman lelakinya di dalam kereta di Kilometer 228.2 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan dekat Bukit Gantang hari ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintenden Ismail Che Isa berkata, kejadian pada kira-kira pukul 12 tengah hari itu dipercayai berlaku selepas pasangan itu bertengkar.
Menurut beliau, polis telah menahan suspek yang berusia 25 tahun.
"Mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar namun disahkan meninggal dunia pada pukul 2 petang ini.
"Siasatan awal mendapati suspek mengalami masalah mental. Polis turut menjumpai sebilah pisau lipat yang dibuang di bawah bukit di tepi lebuh raya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - 
Sumber dari: Utusan

Sebuah kedai barangan kemas telah dirompak oleh sekumpulan lelaki bertopeng dan bersenjata. Nampaknya teknik merompak sekarang sudah ber...

Rakaman Video Rompakan Bersenjata Di Giant Banting


Sebuah kedai barangan kemas telah dirompak oleh sekumpulan lelaki bertopeng dan bersenjata. Nampaknya teknik merompak sekarang sudah berani di kawasan yang ramai pengunjung. Dan yang merakam mungkin yang berkerja atau pengunjung pasaraya berani merakam tanpa mempedulikan keselamatannya sendiri. Kalau kena jadi mangsa tebusan macam mana?. Apelah yang yang sibuk-sibuk nak rakam tu..CCTV kan ada dan memang dipasang di kedai barangan kemas yang berharga.