Aku memang tak pernah beli jenama makan prepack yang pelik-pelik ni. Selalunya aku akan beli jenama Ayam Brand. Walaupun ia adalah ant...

Awas! Sardin Dipercayai Mengandungi Cacing

sardin

Aku memang tak pernah beli jenama makan prepack yang pelik-pelik ni. Selalunya aku akan beli jenama Ayam Brand. Walaupun ia adalah antara yang termahal dari jenama Sardin underdog tetapi kebersihannya terjamin. Lagi aku akan teliti sebelum memasak dengan mengasingkan kuah dengan ketulan ikan tersebut. Takut-takut ada benda asing di dalamnya.
Korang tahu la banyak kes dah tentang makan dan minuman yang telah tercemar. Berhati-hatilah sebelum memasak. Pastikan makanan korang tu terjamin kebersihannya.

Seorang lelaki dikatakan telah teratuh ke dalam kandang harimau putih menyebabkan haiwan pemangsa itu tertarik lalu meluru kepada lelaki...

Rakaman Harimau Putih Baham Manusia Di ZOO

harimau putih baham

Seorang lelaki dikatakan telah teratuh ke dalam kandang harimau putih menyebabkan haiwan pemangsa itu tertarik lalu meluru kepada lelaki itu. Ini kerana besi penghadang terlalu rendah menyebabkan lelaki itu terjatuh. Macam mana boleh sampai terjatuh? Ini kandang harimau bukannya beruang Panda yang sepatutnya memerlukan keselamatan yang tinggi untuk pelawat zoo.

Umum semua tahu iphone 6 telah dilancarkan dan ramai sangat peminat merasa teruja dan ingin membelinya. Kesemua syarikat yang mengelua...

Apple iPhone 6 Plus Lembik Mudah Menjadi Bengkok


Umum semua tahu iphone 6 telah dilancarkan dan ramai sangat peminat merasa teruja dan ingin membelinya. Kesemua syarikat yang mengeluarkan telefon pintar masing-masing berlumba-lumba untuk menghasilkan telefon yang menarik kepada golongan pembeli. Dari awal rekaannya tebal dan besar kini menjadi semakin ringan dan nipis. Dan kesannya menjadi lemah pada struktur peranti tersebut. Berfikirlah dahulu sebelum membeli kerana ianya sangat mahal harganya di awal pengeluaran.

Sepatutnya sebelum tindakan seperti ini perlu ada budi bicara terlebih dahulu, perlu ada amaran larangan meniaga dari pihak DBKL. Ada car...

Rakaman Wanita Meniaga Air Diserang DBKL



Sepatutnya sebelum tindakan seperti ini perlu ada budi bicara terlebih dahulu, perlu ada amaran larangan meniaga dari pihak DBKL. Ada cara yang lebih berhemah untuk mengambil tindakan dan bukannya serangan ala royal rumble seperti ini. Mungkin juga pihak DBKL sudah berkali-kali bagi amaran keras pada wanita ini? atau wanita ini pendatang asing yang tiada permit kerja untuk meniaga?
Tapi bagi aku nampak kasar juga DBKL ni.

Secara rasminya Azmin Ali kini menjadi Menteri Besar Selangor bermula hari ini 23-Sept-2014. Upacara mengangkat sumpah di hadapan Sulatan...

Azmin Ali angkat sumpah sebagai MB Selangor ke-15



Secara rasminya Azmin Ali kini menjadi Menteri Besar Selangor bermula hari ini 23-Sept-2014. Upacara mengangkat sumpah di hadapan Sulatan Selangor yang diadakan di Istana Kayangan Shah Alam Selangor.

Kemelut perebutan kerusi panas MB Selangor akhir yang telah terjawab sebelum istiadat perlantikan rasmi di istana lagi sudah tahu siap...

Surat Perlantikan Menteri Besar Selangor Yg Baru Tersebar!!

Azmin Ali MB Selangor

Kemelut perebutan kerusi panas MB Selangor akhir yang telah terjawab sebelum istiadat perlantikan rasmi di istana lagi sudah tahu siapa orangnya. Akhirnya spekulasi ini sudah terjawab dan benarlah dari sumber aku sendiri orangnya dari PKR. Ini adalah kejutan yang besar kerana peluang bakal MB ini amat tipis sebelum ini.

Kejadian berlaku di sebuah hotel di jalan Raja Laut apabila seorang wanita yang telah kecewa selepas bertengkar dengan teman lelakinya...

Rakaman Wanita Cuba Bunuh Diri Dipercayai Putus Cinta


Kejadian berlaku di sebuah hotel di jalan Raja Laut apabila seorang wanita yang telah kecewa selepas bertengkar dengan teman lelakinya lalu cuba membunuh diri untuk terjun dari hotel tersebut.
Ini kes putus cintalah nie..sedap2 syok dalam bilik berdua-duaan kemudian mahu bunuh diri. Mungkin sang lelaki jenis playboy enggan berkahwin dengan wanita tersebut setelah puas. Sang wanita yang malang mahu ajak berkahwin malang telah ditolak...hanya anggapan aku sahaja kerana ia adalah satu masalah yang besar. Masalah apakah itu tiada siapa yang tahu apa yang wanita ini hadapi tapi mampu memberi tekanan emosi hingga sanggup untuk membunuh diri.