NOH (dua dari kanan) menunjukkan Laporan Audit Unisel bagi tahun 2009-2010 pada sidang akhbar di Tanjong Karang semalam. Turut kelihata...

Unisel rugi RM54.8 juta



NOH (dua dari kanan) menunjukkan Laporan Audit Unisel bagi tahun 2009-2010 pada sidang akhbar di Tanjong Karang semalam. Turut kelihatan Hishammuddin (kanan).

TANJONG KARANG – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar mendakwa Universiti Selangor (Unisel) mencatatkan kerugian selepas cukai berjumlah kira-kira RM54.8 juta sejak kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Selangor pada 2008.

Menurut beliau, berdasarkan salinan Laporan Audit Unisel bagi tahun 2009-2010, universiti milik kerajaan Selangor itu menunjukkan kerugian selepas cukai sebanyak RM1.63 juta pada tahun 2008, RM13.55 juta (2009) dan RM39.68 juta pada tahun 2010.

Laporan itu didakwa ditandatangani oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 27 Ogos 2011.

Noh juga mendakwa, Unisel mencatatkan jumlah pendapatan sebanyak RM94.40 juta pada tahun 2008, RM93.51 juta (2009) dan jumlah itu menurun kepada RM75.48 juta bagi tahun 2010.

Sumber dari: Kosmo