‘Klon’ rosakkan rekod Twitter #55Merdeka Malaysia, kata firma penyelidikan KUALA LUMPUR, 8 Sept — Malaysia mungkin sudah mencipta rekod...

‘Klon’ rosakkan rekod Twitter #55Merdeka Malaysia, kata firma penyelidikan



‘Klon’ rosakkan rekod Twitter #55Merdeka Malaysia, kata firma penyelidikan

KUALA LUMPUR, 8 Sept — Malaysia mungkin sudah mencipta rekod dalam laman sosial Twitter minggu lalu jika ‘klon’ tidak digunakan untuk menutup angka sebenar tweet yang dihantar, kata firma penyelidikan sosial media bebas.

Politweet.org menegaskan dalam laporannya semalam, merujuk hashtag #Merdeka55 - walaupun Putrajaya mendakwa rakyat Malaysia telah melepasi paras 3.6 juta tweet hanya dalam satu jam pada 31 Ogos, tidak ada pihak ketiga lain mengesahkan pengisytiharan ini sebagai benar.

“Dengan andaian angka tersebut benar, tidak mustahil angka 3.6 juta tweet adalah rekod dunia,” kata firma tersebut dalam laporan mereka.

“Akan tetapi, Twitter tidak membuat apa-apa pengumuman di laman blog mereka tentang #Merdeka 55.

“Tidak ada juga mana-mana laman web pengesanan yang menyebut tentang rekod #Merdeka55,” tambah mereka lagi.

“Tanpa pengesahan daripada pihak ketiga, angka 3.6 juta tweet meragukan,” kata Politweet.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim telah mengisytiharkan pada 31 Ogos, sambutan ulangtahun Merdeka Malaysia yang ke 55 minggu lepas, 3,611,323 juta tweet dicatatkan pada 8.15 hingga 9.15 malam seluruh negara untuk akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, @NajibRazak, mengandungi pelbagai mesej yang bertemakan kemerdekaan, semasa perhimpunan "Janji Ditepati" di Stadium Bukit Jalil.

Sumber dari MalaysianInsider