Sama ada benar atau tidak saya sertakan sekali court document kes tersebut KUALA LUMPUR, 15 Jun — Ibu kepada bakal menantu Datuk Seri...

Apa dah jadi dengan bakal menantu PM?

Sama ada benar atau tidak saya sertakan sekali court document kes tersebut

KUALA LUMPUR, 15 Jun — Ibu kepada bakal menantu Datuk Seri Najib Razak hari ini menafikan dakwaan bahawa beliau dan anaknya adalah penipu, dan berkata dakwaan ini adalah palsu dan tidak masuk akal.

Pada hari Selasa, beberapa surat khabar luar negara termasuklah New York Post telah melaporkan bahawa Daniyar Nazarbayev, yang bertunang dengan anak perempuan Najib, terlibat dalam satu kes guaman bersama dengan ibunya kerana menipu bapa tirinya, yang merupakan adik-beradik Presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev.

Daniyar juga didakwa menipu tentang kelayakan akademiknya untuk memasuki Columbia University.

Daniyar sama Nooryana.
Beberapa media tempatan telah menyiarkan berita tentang warganegara Kazakhstan berumur 24 tahun itu yang telah meraikan pertunangannya dengan anak perempuan Perdana Menteri Najib, Nooryana Najwa dalam satu upacara di Malaysia pada bulan Jun tahun lepas.
Tetapi ibu Daniyar, Maira Nazarbayev, telah dalam satu kenyataan yang dihantar oleh syarikat PR 5wpr yang berpangkalan di New York, berkata hari ini bahawa laporan-laporan tersebut timbul akibat “satu perkara keluarga peribadi” yang sedang “dimanipulasikan dan dieksploitasikan oleh parti-parti yang mempunyai kepentingan politikal”.

“Suami saya dan saya tidak sedar siapa yang sebenarnya di sebalik dakwaan dan tuduhan yang tidak masuk akal ini. Dakwaan yang bersifat skandal ini adalah sama sekali tidak benar dan telah dibuat tanpa sebarang bukit langsung,” beliau berkata.

Beliau berkata bahawa beliau dan suaminya Bolat, yang merupakan bapa tiri Daniyar, “tetap kekal komited kepada anak-anak kami, dan akan menyelesaikan perkara ini secara peribadi. Kami bangga dengan semua anak-anak kami.”

Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) telah menolak sebagai tidak berkaitan dengan kepimpinan Najib dakwaan bahawa bakal menantu ketua BN itu telah menipu bapa tirinya dari memiliki satu rumah bernilai RM60 milion dan menipu untuk memasuk Columbia University.

Ahli Parlimen dari Barisan Nasional telah memberitahu The Malaysian Insider pada awal minggu ini bahawa isu ini adalah “perkara peribadi” dan tidak akan menjejaskan kebolehan presiden Umno untuk mentadbir.

Akhbar New York Post telah menyebut tentang kertas mahkamah yang difailkan oleh Bolat Nazarbayez di New York, yang mendakwa Daniyar telah menipukan Bolat dari memiliki satu rumah kondominium yang bernilai US$20 milion di Wall Street, di samping memasuki satu universiti dengan menggunakan kertas yang”dipalsukan dan difabrikasikan( fraudulent and fabricated)”, di mana kertas kelayakan itu dari satu sekolah menengah di Kazahstan dikatakan bukan sekolah beliau.

Daniyar, yang dikatakan telah bertemu Nooryana di Columbia, telah bergraduan dari institusi Ivy League itu pada tahun 2010.

Surat khabar itu juga melaporkan bahawa ibu Daniyar, Maira, telah menukarkan nama keluarganya dari Kesikbayev kepada Nazarbayev supaya sepadan dengan nama presiden Kazakh selepas berkahwin dengan Bolat pada tahun 2001.

Daniyar telah dilaporkan hilang walaupun ada pencarian di lima negara termasuklah Malaysia. Laporan yang serupa telah juga diterbitkan di akhbar Daily Mail dari UK dan agensi berita antarabangsa UPI.

Ini bukan kali pertama hubungan Najib dengan Kazakhstan telah diteliti. Surat khabar Indonesia, Kompas, telah mendakwa pada bulan Ogos tahun lalu bahawa bakal menantu Najib mempunyai hubungan dengan mafia Rusia.

“Maira Nazarbayev, yang menjalankan gaya hidup a la Imelda Marcos kononnya ada hubungan dengan mafia Rusia,” akhar itu berkata dalam satu ruang tulisan yang diterbitkan pada 4 Ogos, 2011.

Tetapi, surat khabar itu tidak memberi bukti untuk dakwaan yang dibuat itu. Najib telah menafikan dakwaan tersebut dan surat khabar itu juga telah meminta maaf untuk artikel itu.

Maira juga berkata dalam kenyataan itu bahawa keluarganya akan ada satu percutian di Eropah untuk beberapa minggu dan beliau akan “menghabiskan masa dengan keluarga saya dan orang yang disayangi.

Sumber dari: Malaysian Insider